Thursday, July 7, 2011

Cendawan goreng @ maitake no tenpura


Bahan-bahan:

Maitake @ cendawan jenis lain pun boleh
Tepung gandum
Serbuk kunyit
Serbuk cili
Serbuk lada hitam
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1) Cerai-ceraikan cendawan..basuh dengan air..
2) Masukkan tepung gandum ke dalam bekas..
3) Campurkan sedikit serbuk kunyit, sedikit serbuk cili, sedikit serbuk lada hitam dan sedikit garam.
4) Gaulkan kesemuanya dengan sudu..
5) Panaskan minyak di dalam kuali.
6) Masukkan cendawan sedikit2 ke dalam bekas berisi campuran tepung..golek2kan..dan salut dengan tepung..
7) Bila minyak dah panas..masukkan cendawan yang dah di saluti tepung ke dalam kuali..
8) Goreng sampai agak rangup..angkat dan toskan minyak..
9) Sedia untuk di makan..sedap di makan panas2..

No comments: