Sunday, September 11, 2011

Mitoki no undou kai @ Hari sukan mitoki^^

Salam

Pagi semalam ada hari sukan sekolah untuk anak syaco (bos tempat keja hubby)..kami di invite la untuk pergi tengok sekali..excited jugak la kan sebab tak pernah tengok pun sukan budak2 jepun dekat sini..ni kira sukan sekolah budak2 sekolah rendah la..ada 3 orang sebenarnya anak syaco dekat sini..mitoki, haruki dengan momiji..tapi yang lebihnya nak tengok acara lari yang mitoki ni masuk..semalam pun sempat jumpa momiji je..haruki mana tahnya.heee..mitoki ni kalau tak silap baru 7 tahun..dekat sini rasanya 7 tahun ni dah darjah 2..haha tak arif sangat pasal sekolah jepun ni..tapi kalau tengok dekat sini..macam tu la katanya..haruki pulak darjah 5 and kakaknya momiji darjah 6..

Kitorang bertolak ke rumah syaco dalam pukul 9.30 pagi macam tu..duduk2 sembang and minum dulu sampai dalam pukul 10.20 pagi baru pergi sekolah naik kereta syaco je..sebab nanti susah nak parking..parents yang datang memang la ramai..sampai2 je dekat sekolah diorang, panasnya yang amat..haha..dah la kitorang tak bawak payung..wife syaco dengan anak2 dia yang lain dah pergi dah awal..haruki and momiji pun ada gak masuk acara tapi kitorang tak tengok pun sebab jauh sangat dekat tengah2 padang..dengan panasnye kan, mata pun terkedip2 apa pun tak berapa nampak.haha

Time kitorang sampai tu memang dah nak masuk acara mitoki dah pun..mula2 tengok dia tak perasan yang mana..lain pulak muka..sebab pakai topi kot..and kulit dah gelap sebab berpanas..haha..baju sukan diorang ni sama je..cuma beza untuk rumah sukan dekat topi..ada tali ikat dekat topi tu ikut warna rumah suka..mitoki dengan momiji rumah merah..haruki je rumah kuning kalau tak silap la..mak dia cakap semalam.heee

Memang sangat panas..dah la padang pasir takde rumput..huhu

Time ni haruki tengah ada acara dekat tengah tu mak dia cakap tapi tak nampak pun..huhu

Ni budak darjah 3 kot..tengah ready untuk berlari..100m..

Turn budak darjah 2 pulak..lari 50m je rasanya..mitoki yang topi merah tengah sengih tu..malu-malu sebab baru nampak kitorang.heee

Sementara tunggu acara mitoki, berteduh kejap..seriyes panas gilaa..kesian budak2 ni kena berjemur..huhuuu

Mula-mula ingatkan acara mitoki 100m gak rupanya 50m..cepat2 kitorang pergi dekat khemah sana tu..

Nasib baik sempat kan..mitoki rumah merah 2 dari kanan tu

Muka penuh semangat masing2

Dah lari2 tengah jalan kena kutip kertas ape tah..lari bawak ke sensei..lepas tu lari sama2 dengan sensei ke garisan penamat..

Dapat nombor 1 tuh.hee..omedetouu mitoki chan^^

Lepas habis acara mitoki ni kitorang pun balik la dengan syaco..wife dia pun nak balik gak nak prepare lunch diorang dekat rumah..tapi kitorang tak lunch sekali la..ada je acara lain lepas2 tu kot..taktau la..hahaa..sampai ke petang kot sukannya..tapi seriyes la panas gilaa..tengok bayang2 dalam gambar pun boleh tau panas dia macam mana..huhuu..pengalaman yang menarik..lepas ni kalau di jemput lagi, boleh la datang lagi.heeee

Thanks for reading.
Jya!

p/s: giveaway duit raya dari jepun tinggal lagi 5 hari je lagi..sapa yang nak joinn, boleh la join sementara masih ada masa :) Dan sila cek nama senarai peserta giveaway duit raya dari jepun di SINI.

Klik "like" jika suka entri ini. TQ~

30 comments:

Teratak Hami said...

Seronok dapat join pengalaman camni. Memang macam padang pasir betul padang dorang. Kalau angin tiup, habislah debu beterbangan kan...

HaFizaH aYu said...

nostalgia btul bla imbas dulu2 main cmni..yg best lari dlm guni haha dpt no last hehe

Qaseh dalia adelia said...

ciannye panas terik

Kuronofu91 said...

hadoooiii....bersih sgguh la Jepun ni....

CintaZulaikha said...

kalau nak pikir2 balik sukan depa mmg comey kn...ke perasaan I ja..hee~~

mas saari said...

nampak sangat cuaca panas!
kesian betul kat budak2 tu...

Juwita Jamaludin said...

suami anum belajar kan.. tapi macam mana kerja plak.. rajinnya pergi ikut bos tgk sukan anak

azrijohan said...

comel nya budak jepun ^^

visitme@FaTiN cOrNeR said...

gk dlm gmbr pn dh dpt rasa panas tu..

Farhana Basri said...

kesian budak2 tu, gelap dah kulit tu. panas kan

Amirah Adnan said...

hui.. yg putih da nampak tinted da

sobri yaacob said...

bestnye..
sampai jpun akak pg..
bleh rasa pngalam pbzaan sukan kanak2 kat jpun n malaysia..
hpe 1 hari dpat p sana gak :)

sUe UnniE;) said...

tenks utk gmba tuh. ist tyme tgk acara sukan dak skola jepun.

panas eh..? suhu bape.?

rosmina samin said...

Comel sangatler Mitoki tu... ^__^

Syaima' said...

wahhh hari sukan sekolah!u tgk aktiviti menyihatkan i g makann je satu hari smlm hehe

yatie chomeyl said...

weekend hr tu mmg panas sgt, x sbr tunggu aki ni

azrijohan said...

hahaha,kene tipu..mana ada [dot] com..tu tajuk blog je la.bagi gempak

padahal still blogspot...
tak caye ce tengok URL;p

caliph shuriken said...

nampak teratur jaa event diorg ^^

Asmara said...

best tak? hihi.. akk pun byk kali join aktiviti undokai anak2. natsu ni mmg penat sikit, panas kan! sabtu ni pun undokai yochien Haziq. harap2 cuaca tak terlalu panas. :)

Hanis MY said...

Omedetou Mitoki chan.. Atsui ne..


P/s: terima kasih byk2 anum...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

next week turn adam plak terjah sukan sekolah tepi umah ni...senpai invite suruh gi

SweetLikeWhat said...

memang nampak panas sangat :)

ciEk NiENa said...

cuaca panas tu jelas sekali nampak walapom dlm gambar. camne la diorang bley belari kat situ.. huhu

Ct Arina said...

merah padam muke mitoki chan! hihik^^ naseb menang ;D

Addin said...

alalala comel nya :)

memang nampak sangat panas. huhu

amna said...

lucu je muka kana2 dlm gmbr nih.. berlari dgn topi japan skli tu.. ^^

Miszyuyu said...

bersukan di musim panas ke?

Jue said...

bila aku tgk pix tu bole tringat sinchan **mcm xde kaitan ><
tp cam ko ckp beb, dr pixas mmg dah bole nmpk btapa panasnya
kalau aku, CAIR hahaha

Hanie_Dew said...

uish..panas nya. tgk gambar pun bole tau. kalau musim panas, panas sangat ye,

Nini Hartini said...

mmg nmpk panas betul. kesian kenejemur lama2 kt tgh panas. kalau kulit org kita, gelap lah nanti. hehe