Tuesday, June 28, 2011

Makan-makan di Saizeriya @ Mikawa~

Salam.

Sambungan kami ke Mikawa hujung minggu yang baru ni..lepas dah keluar dari g.u outlet, perut pun dah lapar..kami singgah makan di Saizeriya..kedai makan itali..kedai ni memang femes..dekat mana-mana pun ade je rasanya..huhu..

Dah lama terasa nak makan pizza di saizeriya..ni baru dapat..huhu..ok la..tak berhajat nak tulis panjang lebar..nak tempek gambar je sebenarnya..huhu~








Thanks for reading.
Jya!

Sunday, June 26, 2011

Me and bungaaaaaa~

Salam.

Aaa..tengok k.ez and k.yoo tulis pasal bunga ni..aku pun nak gaklaa..hahaha..sebab before nak keluar semalam dah tertangkap gambar dengan bunga ni kan..apa kata diselitkan jugak dekat sini..heheh..bunga ni nama dia Hydrangea..aku pun baru tau daa masa baca dekat page k.yoo..heee~ cantik bunga ni..sekarang ni memang banyak dekat jepun ni..area rumah aku ni pun banyak..tapi dekat rumah orang la kan..huhu..Hydrangea ni kata en.wiki "produced from early spring to late autumn"..that's why la memang banyak time2 nih..huhu

First time tengok hari tu..macam pelik pulak kan..kenapela bunga ni dok berubah-berubah kaler..kejap biru kejap ungu kejap merah kejap pink..heheh..rupa-rupanya memang dah lumrah dia dok bertukar2 kaler..dari apa yang aku baca dekat sini..dia kata.."Soil pH determines flower color"..oo baru tau..huhu.." Red to pink flowers occur in alkaline soils and blue to purple flowers in acid soils. Hydrangeas can be forced to change flower color, however, this must be done before bloom begins. To make or maintain blue flowers in alkaline soils, treat with aluminum sulfate. To make or keep pink flowers in acid soil, add lime."

gambar dari google

secoet je yang ada area depan rumah aku nih..haha

Thanks for reading.
Jya!

Tuesday, June 21, 2011

Random pictures: Hokuriku Taikai 2011~

Salam.

Saja nak tempek2 gambar yang banyak tu dekat sini..boleh la tengok gambar sampai muntah ye..heheh :D

Baru sampai masa ni..

Orang lain bertikar siap khemah haa..kitorang duduk atas rumput je..haha

Tepuk tangan game dah habis..heheh

Me and syaima :)

Hubby chang~

Lepas tengok game, pulang ke bawah pokok.huhu

Mine :)

Bola dan bola~

Doink, yuki and hubby~

Padang di sana..

PK by hubby..golllllll :)

Aaa rebut2 bola..

Me, yuki and doink..

Me, sarah, liza and nad^^

Hubby and doink kun~

Erk pesbuk? haha

Tiba2 ada dortmund..haha..GK fukui tuh..

Ops..me again :)

Me and yuki chan~

Gembire dapat no.2 huhu~

Thanks for reading.
Jya!

Monday, June 20, 2011

I love sunset~

Salam.

Aaa bukan sunset dekat fukui..sunset masa dekat padang bola @ hokuriku taikai dekat niigata~ suka tengok sunset..santekkk~

Sunset..

Beautiful :)

Selesai final match~

Beransur-ansur meninggalkan padang..

Love this \(^__^)/

Walaupun tempat dia lebih kurang je..gambar pun lebih kurang je..tetap suka tengok..rasa macam tenang je..cantik kan..hihi :D

Thanks for reading.
Jya!

p/s: kan best kalau petang2 cam ni..pergi tepi laut tengok sunset..huhu~

Aladdin @ Fukui~

Salam.

Semalam kitorang makan dekat satu kedai makan pakistan dekat fukui ni..nama kedai tu Aladdin..aku dengan hubby first time la kiranya pergi kedai ni..tapi budak2 lain ade je dah pernah makan dekat sini before ni..kedai ni pun dengar2nya baru lagi siap dekat fukui ni..so far dah ada 5 branch dekat jepun ni..dekat fukui ni branch dia ke 5..sah2 la kedai orang pakistan kaya ni..haha..kedai dia pun cantik gak la..sewa pun sah2 la mahal kan.so harga makanan dia pun boleh tahan mahal gak la..tapi kalau ambik yang set untung lagi la..tapi set tu pun banyak la jugak bagi aku..huhu

Makanan kedai pakistan ni tak lain dan tak bukan mestila nasi beriyani dan roti naan...kari kambing..rasa dia sedap gakla..tapi rasanya takboleh kalahkan kedai kashmir yang dekat toyama tu..tu lagi sedap dan murah..walaupun kedai tak secantik kedai aladdin ni..haha..

Bahagian luar kedai ni..

Ada shisha siap haa tu..isk2

Salad appetizer~

Nasi beriyani ayam goreng..roti naan dengan kari kambing lupa lak nak snap..next time lak..hehe

Actually bawak dah kemera..sajala bawak kan..kot2 nak snap2 gambar...first time datang kan..sekali..bila tengok2 kemera..memory card tak ade la..lupa nak masukkan balik dalam kemera sebab before pergi tu, transfer gambar g niigata dekat komputer..sob2..terpaksala ambik gambar guna henpon je kan..jadi la..walaupun gambar tak berapa nak cantik..next time pulak ambik gambar cantik2..huhu..lepas tu penutup kemera henpon hubby boleh lak tertinggal dekat kedai tu..aishh..gomen nee hubby chang..ade rezeki kite datang lagi sekali, ade la lagi tu..mintak2 depa simpankan huhu~

Thanks for reading.
Jya!

Sunday, June 19, 2011

Hokuriku Taikai 2011 @ Niigata~

Salam.

Baru sempat nak updated cerita ke Niigata semalam :) Part paling lama macam biasa part nak pilih gambar..heheh..Taikai kali ni ada 10team yang berentap..wakil dari hokuriku dan juga team2 jemputan yang lain..fukui, kanazawa, toyama, nagaoka, niigata, akita, gunma, nagoya, yamagata dan kosen..ramai jugak la yang datang..labih ramai dan lebig meriah dari kangeikai di toyama hari tu..

Dari fukui, kami 3 kereta je..lebih kurang 16 lelaki 4 perempuan..kereta panjang2 semuanya..boleh sumbat ramai2..hehe..1 ada satu je..setiap game 7-1-7 minit..main 9 orang je satu team..padang dah la besar kan.penat gakla orang2 yang bermain ni..huhu..first game start lebih kurang jam 10 pagi camtu..1st game team fukui lambat gakla..game ke 5..so awal2 tu bosan gakla menunggu..time team sendiri main je baru dok tengok tepi padang..time lain duduk2 je bawah pokok..haha

Sebelum game bermula, praktis dulu sikit2 tepi padang :)

First game Fukui vs Nagaoka, menang 1-0 :D

Kalau nak tahu, masa taikai ni..aku berpeluang jumpe dengan rakan baru di jepun ni..syaima..kitorang kenal pun sebab blog..kira rakan blog la ni.tapi tak sangka boleh jumpa :) yela sebab Niigata jauh kan.tak sangka pulak tiba2 nak pergi niigata..walaupun pada mulanya hubby cakap tak pergi taikai ni..tapi last2 dia ubah plan..pergi pulak..so before pegi niigata, dah siap2 tukar phone num dengan syaima..senang nak contact dekat sana..kebetulan syaima kata tempat taikai tu tak jauh dengan rumah dia and hubby dia pun nak jumpa member2 dia yang main dekat situ..so berjumpalah kami semalam..kecik, kurus and sweet je syaima ni..seronok betul kitorang bersembang..cerita macam2..terasa macam jumpa kawan lama pulak..heee~ thanks eh syaima sudi berjumpe sembang2..dah la duduk merata2 asyik ubah tempat duduk sebab hujan rintik2..hee..next time ada peluang kita jumpa lagi k..jangan serik pulak :D



Syaima tak tunggu sampai habis game pun..lagi pun hubby dia tak main pun semalam..lepas habis sembang2 and dia balik, baru la makan bento yang dibekalkan oleh pihak penganjur..lepas tu sambung lagi tengok game..heee

Bento yang dibekalkan oleh penganjur~

Team fukui yang tak bawak tikar duduk berlapikkan rumput jela..dah la duduk dekat hujung dunia.haha


Tak lepaskan peluang bergambar dengan hubby jugak..hak2..yelaa dah pakai jersi sama2 ni kan.. :) Nasib baikla ada ramai photographer..heee~



Selain tu jugak..pergi taikai ni..nak jumpa yuki chan ni..dia ni gf kepada member hubby..pernah gak tumpang tidur bilik dia masa singgah ke toyama hari tu..dia ni memang comel and friendly..sempat gakla bersembang2..tapi macam biasa la..nihongo aku ni kan berterabur tapi taram jela..haha..kena study dengan lebih rajin lagi nih..huhu :D



Aaa..ni pun nak cerita bola kan..tunjuk muka aku je yang lebih..haha..tapi memang Alhamdulillah la fukui dapat masuk final..masa semi final tu..rezeki fukui la sebab menang penalty kick 2-1 dengan team Nagoya..nak ikutkan, team Nagoya hebat jugak..tapi best sebab dalam 2 tu, hubby ada sumbang 1 :) heee~ Tapi masa final tu, memang masing2 dah penat dah..kemenangan berpihak kepada team kosen..dengan mata 2-0..tak apala..takde rezeki nak jadi juara tahun ni..huhu

Sambil2 sokong final game~

Fukui team Hokuriku Taikai 2011~

Banyak lagi gambar sebenarnya..dah penat pilih..hihi..tapi apa pun memang best la Taikai kali ni walaupun jauh..balik semalam hubby drive..memang penat la..tapi aku pun teman la dari niigata sampai ke fukui..non stop bawak kereta..sambil2 dengar lagu, nyanyi2 dan sembang2 nak hilangkan mengantuk masing2..tapi pergi jauh2, tak sempat jalan2 dekat niigata sebab balik hari kan..takpela..next time pulak kalau ada rezeki dan peluang.

Bye2 Niigata..bye2 hokuriku taikai 2011~