Wednesday, August 31, 2011

Tentatif Raya 2011 dan parcel raya

Salam

Just nak share tentatif raya tahun ni. Sebab nakkan suasana raya tu kan..gambare jugak la masak sampai tak tido malam raya tuh.huhu..tapi masa tu takla tepat.lebih kurang je.heee..penat memang penat..tapi hasilnya memang menggembirakan :)

29/8/11 (isnin)

7.00pm- baru setel potong daging 1kg
8.30pm- mula masak rendang daging sambil tu rendam nasik impit-sebab periuk comel sangat- muat masuk satu je nasik impit..2 kali masak je..buat 2 je pun nasik impit yang besar tu..
9.00pm - semayang isyak
9.30pm- dah tau and konfem esoknya raya :)
10.00pm- start buat kek coklat
10.30pm- kek masak and sejukkan
11.00pm- rendang daging dah siap masak.sambil tu rendam bihun.lepas tu main fb jap.haha
11.30pm- mula buat kek batik.

Masa jamuan raya di rumah- tak sempat nak ambik hasil masakan cantik2 pun sebab lepas smayang raya rumah terus kena terjah.ni je yang sempt snap.huhu

30/8/11 (selasa)

12.30am- siap kek batik..masukkan dalam fridge
01.00am- baru nak buat genache untuk kek coklat.lepas tu buat decoration untuk kek coklat.
02.00am- potong siap2 dodol yang ibu bagi.
02.15am- start buat kuah kacang.
03.00am- potong2 sayur dan bahan2 untuk buat bihun goreng
03.30am- mula menggoreng bihun - 2x goreng
04.00am- semayang subuh
04.30am- start buat agar-agar batik-campuran milo dan susu cair
05.00am- potong kek batik siap2 letak dalam bekas and masukkan balik dalam fridge
05.30am- buat air bandung.siap2 masukkan balik dalam botol and masukkan balik dalam fridge- 2 botol besar je
06.00am- potong agar-agar dan terus susn dalam bekas, masuk balik dalam fridge.
06.15am- potong nasi impit dan buat bekalan untuk di bawa ke masjid.
06.45am- mula kelam kabut mengemas rumah.kemas sana sini dan vacuum
07.30am- mandi dan siap2 pakai baju raya.
08.15am- ready2 apa yang patut untuk jamuan raya.
08.30am- bertolak ke masjid dengan suami dan jiran.
09.00am- takbir raya, semayang raya, khutbah raya
09.45am-jamuan raya di masjid fukui dengan orang2 islam di fukui pelbagai bangsa.
10.30am-balik ke rumah dan mula jamuan raya di rumah.first time rumah dikunjungi warga fukui.huhu
12.30pm-jamuan raya selesai.terus berkemas2 apa yang patut.hubby terus menuju ke lab untuk bertemu sensei kesayangan. sempat buatkan bekal raya untuk orang2 jepun di lab hubby.lepas tu call ibu, hp tak angkat2 line pun tak berapa ada.
02.00pm- tamat hari raya.tido dan pengsan sampai ke petang.pening pun ada.penat pun ada.tapi gembira dapat beraya beramai2.
06.30pm-jiran call ajak ke rumah warga bangladesh di sini sebab ada jamuan raya.tapi sebab kepala macam pening2.lepas tu hubby pun sebok di lab.so tak pergi la.tapi best je kalau dapat pergi sebenarnya.sebab konfem dapat makan sedap2.huhu
11.00pm- try lagi call ibu banyak kali..panggilan asyik tak berjawab..akhirnya dah lama lepas tu dapat message dari ibu..lepas tu try lagi call banyak kali baru dapat cakap..cakap dengan ibu, opah, maksu ida..orang2 yang ada dekat rumah opah je.semua sebok mengemas sebab ramai orang datang beraya.before tu dah call adik2 dulu, alan dan ajam.

31/8/11 (Rabu)

12.30pm- skype dengan kakak terchenta.

Lepas tu tido..dan raya kedua adalah serupa dengan hari2 biasa di fukui..tiada lagi adegan memakai baju kurung dan baju melayu..tiada lagi kuih raya, nasi impit, rendang dan jamuan raya.Selamat hari kebangsaan semua!

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

(iklan lagu jap.sebab tadi lupa lirik.so search dekat internet.heee)

Banyak menu2 raya yang baru 1st time buat macam kuah kacang, kek batik dan agar2. rasanya okla jugak..huhu..terime kasih sangat2 dekat ibu sebab kirim barang2 dari mesia tu..dapatla buat macam2 menu dan juadah..syukur jugak barang2 tu sampai before raya..and bungkusan kedua hari tu pun sempat sampai before raya..ada serai, dodol, kuih raya, bunga kantan..tak sempat upload aritu..huu.siap ada duit raya lagi tau..terime kasih ibu..sayaang ibu :)

parcel 3kg from malaysia with love

kuih raya, duit raya, dodol raya..ada lagi daun2 raya- serai, kari,bunga kantan,daun pandan

Gambar gelap sebab bilik bergelap masa tu, bukak lampu meja je.heeee..gambar pun from iphone je.

p/s: next entri nanti baru nak letak gambar jamuan raya di rumah :)

Thanks for reading.
Jya!

Klik "like" jika suka entri ini. TQ~

Solat raya di masjid fukui^^

Salam

Salam lebaran, salam aidilfitri semua..mengalahkan busy macam orang mesia pulak lambat updated blog hari ni.heeee..nak kata beraya sakan memang tak pun la dekat sini..huhu

Tak sangka hari ni berpeluang sembahyang raya dekat masjid fukui ni..ingatkan takde ruang untuk perempuan..rupanya untuk hari raya ni, diorang dah buat ruang solat untuk perempuan..pagi tadi jiran sebelah ajak sekali ke masjid solat raya..so of kos la nak pegi kan..ingatkan masa nak pergi tu, macam sikit je kot perempuan yang ada..bajet sikit dalam 3 orang je..sekali bila sampai je ruang solat wanitatu, waah ramainyaa..ada dalam 14 orang camtu..majority indonesian, pastu ada sorang dari syria and sorang lagi dari sri lanka.malaysian, kitorang berdua je..ada jugak yang bawak anak2 kecik..ada sorang budak kecik tu comel gila..muka macam jepun.huhu..tak sangka ada ramai indonesian dekat sini sebab tak pernah jumpa before ni.huhuu..

Takbir raya di conduct oleh orang mesia..so rasa macam raya dekat mesia pulak masa dengar takbir raya tu..huhu..solat sunat raya di conduct oleh orang indonesia..khutbah pun ada..di buat dalam bi..so semua boleh paham..sebab ada jugak orang bangladesh and arab..Lepas dah habis semua ada jamuan makan2 sikit..setiap orang yang datang bawak sorang sikit makanan dan makan sama-sama..

Just nak share some picture masa dekat masjid tadi..tapi banyak bahagian lelaki sebab hubby yang ambik..dekat bahagian perempuan takde la gambar sebab tak de kamera..sobsob

masjid fukui^^

khutbah raya


makan-makan

makan lagi

lepas makan kita vacuum ye

warga malaysian di fukui dengan anak orang bangladesh

comel gila budak ni..huhu..anak indonesian dekat sini..

Walaupun tak semeriah beraya di kampung sendiri..dapat satu pengalaman baru beraya di perantauan..Okla.cukup setakat tu dulu..esok sambung lagi entri raya.heeeee

Thanks for reading.
Jya!

Klik "like" jika suka entri ini. TQ~

Monday, August 29, 2011

Tokyo tower =)

Salam

Tokyo tower la sangat kan..haha

Kaler dan bentuk macam sama tapi tak serupa..





.
.
.
.
.

Bawah ni baru tokyo tower..
bila la nak sampai yeee..huhu

.
.
.
.
.
.
.


Thanks for reading.
Jya!


Sunday, August 28, 2011

Jalan-jalan Asuwayama








Thanks for reading.
Jya!

Monday, August 15, 2011

Top Commentators Widget for Blogger / Blogspot

Salam

Just nak share cara-cara nak pasang top commentators widget dekat blog..ramai dah tau kot..tapi still nak share..memang suka wigdet ni sebab mudah nak tengok siapa yang selalu datang dan rajin komen dekat blog ni..tqvm kepada jejari yang rajin komen tu ye :)

Hari tu, tiba2 widget ni problem, tak keluar dah senarai nama2 orang yang komen dekat sidear tu..last2, buang dan pasang balik..tak tahu la problem apa yang melanda hari tu..kechiwa kejap masa tu..huhu

Dekat bawah ni ada 2 cara.. boleh pilih salah satu..just klik dekat button bawah ni..

1) Widget Based On Recent 500 Comments.This will judge the top commentators from the latest 500 comments to your blog.

Add Top Commentators Widget to Blog


2) Widget Based On Recent 5000 Comments.This will judge the top commentators from the latest 5000 comments to your blog.This widget is only needed if your blog has high density of comment. if you have more than 500 comments on your blog you can use this one..

Add Top Commentators Widget to Blog


Dekat blog ni pasang yang nombor dua tu..based on last 5000 comments..

Source: http://www.bloggerplugins.org/2008/06/top-commentators-widget-for-blogger.html

Selamat mencuba^^
Tqvm

Klik "like" jika suka entri ini. TQ~

Tuesday, August 9, 2011

Himawari @ sunflower again^^

Salam.

Sabtu yang baru ni sekali lagi  pergi tengok himawari..dekat tempat haritu jugak..kali ni memang semua dah kembang..and dah terlebih kembang pun..dah nak mati pun..huhu..view sangat cantik..kalau pergi awal sikit mesti lagi cantik la..huhu..and yang bestnya boleh je kalau nak petik bunga matahari tu bawak balik..banyak mana pun boleh..banyak dah layu2 pun..tapi still ada yang cantik2..





Sunday, August 7, 2011

Iftar - popia sayur goreng

Salam.

Penatnya hari ni..baru dapat nak berehat2 kejap..hari ni start masak2 awal..tengahari gitu..dan kelam kabutnya sampai berbuka puasa..huhu..hari ni turn rumah kitorang sediakan juadah untuk iftar di masjid fukui ni..orang berbuka dekat masjid ni makan simple2 je..bukan makan berat2 pun..lepas berbuka ala kadar, semayang maghrib, then balik rumah masing2 la berbuka.huhu..cuma makanan berbuka imam je di sediakan. tu pun ada turn jugak..sebabnya kalau nak sediakan untuk semua orang, tak mampu kot nak masak sorang2 kan..huhu..tapi lelaki je la berbuka dekat masjid tu..pompuan dekat rumah jelaa..masjid kecik je.huhu

So untuk iftar hari ni, decide nak buat popia sayur feveret la..ingatkan takde la lama sangat nak buat..rupanya lama laa jugak..huhu..risau la jugak sebab tak tau rasanya..takut macam tawar ke..bila dah berbuka, alhamdulillah rasanya ok je..total yang dapat buat tadi dalam 60 biji gak laa..fenat2..haha..tapi seronok jugak dapat bagi orang makan berbuka kan..huhu

Selesai pun menggulung..

Penuh jugak la bekas ni..heee

goreng menggoreng

Dah hampir selesai menggoreng

Selain popia tadi, ada la hubby beli kek sikit..nak tambah2..then ada jugak kot buah2..taktau sangat keadaan dekat masjid tu, sebab sendiri tak pergi..huhu..untuk next iftar nak buat lain pulak la..buat popia ni kalau banyak2 macam ambik masa sangat kot..huhuu..kena cari menu yang boleh masak banyak, then tak berapa lama sangat..heeeee

Thanks for reading.
Jya!

Klik "like" jika suka entri ini. TQ~

Lens to let go~

Salam.

Actually kitorang nak let go beberapa lens kitorang..sebabnya..now guna canon..tapi hubby nak beralih ke nikon pulak lepas ni..so tak boleh la nak guna lens2 ni kan..huhu..sayang jugak la sebenarnya..tapi nak buat camne kan..takkan nak simpan pulak..

So, ada beberapa lens jugak la yang nak di jual..

1) Sigma 18-50mm f2.8-4.5 + filter
2) Fujiyama wide lens with macro 0.45x
3) Samyang Fish eye 8mm f3.5
4) Canon 50mm f1.8
5) Tokina 28-70mm f2.8

Sigma 18-50mm f2.8-4.5 + filter - kenko 67mm (RM800)

SOLD
Fujiyama wide lens with macro 0.45x

SOLD
Samyang Fish eye 8mm f3.5

SOLD
Canon 50mm f1.8

Tokina 28-70mm f2.8 (RM1000)

Kalau berminat, boleh email dekat sini taurus_gurl_85@yahoo.com..harga masuk postage.

Thanks for reading.
Jya!

p/s: tolong sebar2 kan dekat rakan2 kalau ada yang berminat k..tenkiuu^^

Klik "like" jika suka entri ini. TQ~

Tuesday, August 2, 2011

Popia sayur goreng paseo~

Salam.

Alamakk..dah la tengah bulan puasa kan..mood pulak nak tempek makanan je..huhu..sabo je la menengoknye ye..hik2..saja nak habiskan tempek hasil2 masakan hari ni..sila jangan melawat time tengah puasa esok k..sebab ada entri makanan yang berderet2 ni..heee..bulan puasa ni, banyak gambar makanan je la kot kan..sebab nak jalan tengah2 panas + puasa ni mesti la tak larat sangat..huhu..

Kalau nak tau, saya ni memang hantu popia goreng sayur..kalau popia yang salut2 sos tu tak berapa layan sangat sebab pedas kan..tapi kalau yang popia sayur ni..memang la sangat feveret..terutamanya kalau bulan puasa..Time bulan puasa before2 ni..kalau boleh nak makan popia goreng sayur ni time berbuka..hari2 macam wajib ada..tapi tahun ni, tak sangka dah mampu buat sendiri..heeeee..yelaa bazar ramadhan mana ada kan..best2..nampaknya lepas ni, macam wajib buat hari2 sepanjang bulan puasa je..heeee^^

Takla susah mana nak buat sebenarnya.heee..tapi untuk first time buat hari ni, hasil gulungan popia tu tak cantik mana la..besar2 je..patut gulung kecik2 lagi kot..tapi takpe la..masuk perut, sama je rasa dia..sedapp!!..heee


RESEPI: source dari sini Tapi dah edit sikit..

Bahan-bahan

kulit popia
sedikit ayam- ikut suka banyak mana (cincang2 halus)
1/4 biji bawang besar (dicincang halus)
1 batang lobak merah (dipotong kecil)
1 batang timun - potong halus
2 genggam taugeh
1/2 kiub ayam
Sedikit garam & gula
putih telur (untuk melekatkan kulit popia)

Cara-cara

-Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga naik bau
-Masukkan ayam cincang dan kacau sampai ayam aak masak..
-Masukkan lobak merah, taugeh,timun dan kiub ayam yang dihancurkan ke dalam kuali - goreng sampai sayur agak lembut
-Masukkan juga sedikit garam & gula secukup rasa.
-Setelah sayur agak sejuk sedikit, cedukkan lebih kurang satu sudu inti dan diletakkan di tengah-tengah popia.Bungkus popia dan gunakan putih telur untuk melekatkannya dan supaya intinya tidak keluar ketika digoreng.
-Popia sudah sedia untuk digoreng..goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuning-kuningan.


Thanks for reading.
Jya!

p/s: makan begitu je pun sedap..or boleh makan dengan sos cili.heee^^

Klik "like" jika suka entri ini. TQ~

Monday, August 1, 2011

Rendang ayam paseo~

Salam.

Dari haritu nak buat rendang ayam sebenarnya..tapi sebab tak pernah buat before ni and rasa macam susah je..asyik terbantut la hajat tu..tapi memang nak buat sementara bahan tengah ada tu..sebab stok serai and daun kunyit yang ibu pos ada lagi kan..lepas ceting dengan syaima dekat fb tadi..last2 terus decide nak buat rendang ayam untuk berbuka hari ni..heee^^ thanks syaima for the link :)

Tapi gomen nee.gambar macam comot2 sikit rendang dia..nak cepat ambik gambar tadi sebab nak makan dah..haha..cerita pasal 1st day puasa..memang best la..sebab 1st experience puasa sama2..malam tadi baca niat puasa sama2 yang sebulan punya..lepas tu sahur sama2 pukul 3 pagi..takut tak sempat, kitorang makan cepat2..haha..cumanya tadi, silap bajet masa kot..ingatkan kejap je nak masak rendang ayam..lama jugak sebenarnya..waktu dah berbuka..makanan tak siap lagi..haha..tapi dah nak masak dah la time tu..kena menunggu sekejap baru dapat makan..huhu..gomen nee hubby chang..next time saya bajet masa elok2.heee^^


RESEPI: source dari sini. tapi dah edit2 sikit..

Bahan-bahan

500gm ayam
1 sudu kecik serbuk kari
1sudu kecik serbuk kunyit
*2biji bawang bsr sederhana
*3ulas bawang putih
*2inci halia
*2batang serai
2 helai daun kunyit- hiris2 halus
4 sudu besar kerisik
2 sudu besar cili boh
250ml santan
garam dan gule secukup rase

Cara-cara

1. Blend bahan2 bertanda *. Pastu masukkan serbuk kari dan kunyit dan sebatikan. Kemudian tumis.
2. Bile dah naik bau masukkan santan separuh dulu. Kacau2 skit. Biarkan sehingga pecah myk.
3. Kemudian masukkan daun limau purut tadi, kacau lg. Kemudian masukkan kerisik.
4. Kamudian masukkan ayam then gaul rata.
5. Bila dah digaul sebati masukkan lebihan santan td.
6. Last sekali masukkan garam dan gule secukup rase. Biarkan rendang masak. kacau sampai rendang kering.
7. Siap dihidang..


Aaa..tu hitam2 tu, mesti hasil sebab ada tertinggal lama sikit tak kacau tadi..kerisik la tu kot..hehee..tapi hasilnyaa tetap nyummyy..sedapp oo..oklaa untuk first time buat kan..hehe

Thanks for reading.
Jya!

p/s: beberapa minit yang lepas, baru terasa jishin @ gempa bumi dekat fukui ni..mula2 rasa pening sikit..pastu tengok bergoyang2 pulak rumah..tapi takla kuat..hubby dah la baito kan..tapi tak cuak sangat dah sebab before ni dah pernah rasa..sini dengar2 magnitude 3 je tadi..hope rakan2 dekat nihon yang lain take care ye..dugaan bulan puasa ni..hope semuanya elok2 je..amin.

Klik like" jika suka entri ni. TQ~

Pizza paseo~

Salam

Hari tu sebab nak makan pizza sangat..so buat la pizza..hasilnyaa sedap tau! heeeee^^ Actually 2 hari berturut2 before puasa buat pizza..sebab konon2nya time puasa tak dapat nak makan sangat..heeee..tapi pic ni yang 1st day punya pizza..


RESEPI : source dari sini

Bahan-bahan
  • 200 gm tepung roti
  • 1 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 125 ml air
  • 1 sudu butter
  • 1 sudu susu tepung
  • topping- sosej, mayonis, sos tomato, sos cili, cendawan butang (topping ikut suka)
Cara-cara
  1. bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
  2. canai doh tersebut. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut.
  3. Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur sosej dan cendawan yang di hiris kecil2 atau apa saja inti pilihan di atas kulit pizza. tambahkan lagi sos dan mayonis ke atas atas pizza mengikut citarasa masing2..
  4. masukkan piza ke dalam oven , bakar pd suhu 180 darjah kira2 25 minit..
  5. sedia untuk dimakan..makan time panas lagi sedap..


Amacam..ada yang tergoda tak.heee^^

Thanks for reading.
Jya!

Klik "like" jika suka entri ini. TQ~