Wednesday, November 30, 2011

Berakhir sudah kelas bahasa jepun 2011

Semalam akhirnya kelas bahasa jepun yang di hadiri sejak awal bulan 10 yang lalu dah berakhir. Kelas tu seminggu sekali je..sebenarnya start dari awal bulan 9..tapi sebab lambat tau pasal kelas tu..termiss 3 kelas sebelum tu..total kelas 12 kelas je untuk 3 bulan..kalau ikutkan memang tak cukup kelas banyak tu..tapi folo je la kelas yang ah ditetapkan..kalau nak kelas private kena amik lain dan bayar lain pulak.huhuu

Kelas bermula macam biasa je semalam..sensei nak habiskan silibus dia la kan..tapi pelik jugak..last class tapi ramai pulak student yang tak datang..tak tau kenapa kan..dah last2 kelas tu, ade penerimaan sijil dah tamat kelas bahasa jepun untuk level 2 ni..and ada la bergambar beramai2..tapi gmbar ramai2 tu takde dalam simpanan sendiri la pulak..just amik gambar dengan rakan2 sekelas je..

Lepas bergambar, tiba2 ada test..sehelai je pun kertasnya..and soalan simple je..kelas bahasa jepun untuk level 3 akan bermula januari pulak dan berakhir march nanti..tak sabar nak attend kelas tu nanti..tapi sedih sikit sebab my good friend dekat kelas tu, ada 2 orang maybe tak join next class tu nanti..sebab time tu kan winter, sejuk kan.sorang tu balik thailand 3 bulan start dari next week..sorang lagi tengah pregnant..so susah sikit la nak gerak..wuwuwu..dah la paling selalu sembang2 dengan diorang je..and masa kelas pun duduk tengah2 antara diorang berdua..huhu

Me and Anna..dia ni dari thailand..kawen dengan nihonjin dekat sini.start dari 1st class dah duduk sebelah dia..memang ramah..and boleh cakap bi..so memang senang nak berkomunikasi la..tapi next class tak dapat join sebab nak balik thailand for 3 month..tak tahan sejuk katanya..

Ni pulak chairaato..dari thailand jugak..comel kan..dia tengah pregnant..next class pun tak dapat join jugak..time tu dah sarat sikit kot..lagi pun sejuk kan..member yang paling rajin reply message dekat hp..tapi dia ni tak reti cakap bi..so memang kena gambare la cakap nihongo dengan dia.huhu

Rupa dalam kelas kitorang..sensei dekat kelas ni memang ramai..diorang tukar2 ajar..yang tak ajar pun datang gak..jadi pemerhati and tolong2 student if ada tak paham..arigtou suzu*ki sensei, tama*i sensei, tanak*a sensei dan lain2..yang lain tatau nama..sebab takde ajar..huhuu

Masa penerimaan sijil..yang bagi sijil tu orang admin kot..tak pernah nampak pun before ni..tapi dia yang bagikan sijil..huhu..oh ye bagi yang attend semua kelas, dia pulangkan balik yuran untuk join kelas ni hari tu..chairaato je yang dapat rasanya..huhu

Tadaaa..my first sijil yang dapat semenjak duduk dekat nihon ni..heeee..padehal aku g 9 kali je kelas tu..patut 18jam la..tapi dekat semua orang pun dia tulis 24jam..sebab 1 kelas 2 jam kan..heee

Seronok dapat peluang pergi kelas bahasa jepun dekat sini..tak sabar nak tunggu next class pulak..so bulan 12 ni memang takde kelas la..tengah pikir2 nak ambik ke private class tu..or nak study sendiri je..huhu..

Jya!

Tuesday, November 29, 2011

Koyou sampai lebam di Natadera

Sambungan entri sebelum2 ni..erk gambar2 lagi..sementara tengah rajin nak pilih dan tempek kan..tempat ni memang besar..puas hati la kiranya jalan dalam ni..walaupun kena bayar sikit kan..heee..tu pun bila dah petang sikit dah mendung sikit2..tapi nasib baik mendung je tak hujan..huhu..


Nak tulis panjang2 malas pulak..heeeee..jya!

p/s: Petang nanti ada kelas nihongo yang terakhir..next taktau la bila pulak start..huhu

Monday, November 28, 2011

Persembahan monyet @ Natadera

Time kitorang ke Natadera hari tu, kebetulan ada orang buat persembahan..erk monyet dia yang buat persembahan..huhu..dah alang2 ramai orang tengok kitorang menyebok la sekali kan..bijak la monyet ni..yela sebab dah dilatih kan..macam pernah tengok monyet ni buat persembahan dekat tv dulu..tapi tak sure la monyet yang sama or yang lain..




Our piccas @ Natadera, Komatsu

Entri bergambar je nih..just nak letak beberapa gambar time kitorang ke Natadera di komatsu hari tu..baru upload2 di flickr..seriyes cantik tempat ni. Thanks hubby sebab bawak ke sini :)


Akan ada entri susulan di tempat sama lagi lepas ni..sebab tempat ni besar sangat..so memang rambang mata nak bergambar di sana sini.hehee..ingat shopping je rambang mata kan..nak bergambar pun rambang mata jugak..ekeke..

Jya!

Saturday, November 26, 2011

Koyou @ Natadera, Komatsu

So just nak letak sikit gambar masa pergi Natadera @ Nata temple hari tu..aa rabu yang baru lepas ni..hari tu kan satu jepun cuti..so kitorang pun ambik la peluang berjalan2..tujuan utama bukan la nak melawat temple ye..takde motif pun lawat temple..view dekat situ memang cantikla time2 sekarang ni..sesuai sangat nak berkoyou.


masa odw nak ke sana..area fukui pun lagi nih.heheh


Perjalanan lebih kurang sejam macam tu..akhirnya sampai ke tempat yang dituju. ramai jugak la orang..sampai berpusing2 nak cari parking kereta..parking free je pun..ada kedai omiyage dekat sebelah kiri tu.kecik je..


Nak masuk tak free pun..kena bayar 600yen seorang.dekat sebelah kiri tu kaunter untuk bayar tiket..


ni la rupa tiketnya..


pintu gerbang masuk


Jya!

Thursday, November 24, 2011

Koyou dan jambatan merah

Semalam kan jepun cuti..so bersemangat bangun awal pagi sebab hubby kata nak bawak g jalan2..heee..bab nak berjalan memang bersemangat kan..sarapan pagi pun onigiri beli dekat kombini je..heee

Kitorang pergi dua tempat untuk berkoyou..lepas tu on da way balik terjumpa satu jambatan cantik..bawah dia ada dam @ empangan..memang seriyes cantik..tapi masa sampai dekat jambatan tu, bateri kamera dah habis..last2 ambik gambar guna iphone je..hehee..hubby nak cari jambatan lain, jumpa jambatan lain pulak..huhu

Dekat bawah ni gambar sikit2 je dari iphone semalam..gambar dari kamera belum sempat nak pilih..banyak sangat..heee

tempat kitorang pegi ni cantik la jugak..tapi ada setengah tempat tak betul2 hijau lagi..huhu

me and hubby di jambatan gantung merah

gayat gak la berjalan atas jambatan ni..muat2 untuk orang berjalan je pun..heee..tapi memang cantik dam ni..last tu sunset time nak balik rumah..

Dah pilih2 gambar nanti nak letak lagi pic lain pulak dekat tempat kitorang berkoyou tu :) Semalam ingatkan petang hujan..tu keluar awal tu..tapi takde la berapa nak awal pun sebenarnya..haha..petang tu tak hujan..cuma mendung2 gitu je.and malam tadi kitorang g makan sushi sedapp..sankyuu hubby chamm^^

Jya!

Wednesday, November 23, 2011

Home made takoyaki

Ahad malam hari tu first time try buat takoyaki nih..tak berapa nak takoyaki la sebab bukan guna tako@octopus pun..guna ika@squid and ebi@prawn je pun.heeee..sebab first time nak buat kan..agak kelam kabut la jugak..hehe..bersepah2 jugak la meja tu..heee..dah beli set takoyaki ni lama dah hari tu tapi baru nak pakai..hehee


Hasil air tangan orang baru belajar kan..takde la bulat2 mana pun..haha..janji boleh makan..rasanya sedap la jugakk..hubby pun makan banyak la jugak..heeee..next time boleh buat lagi :)

Monday, November 21, 2011

Kashmir oh kashmir

Semalam satu hari tak sempat nak update blog..bukan ke mana pun..ada dekat rumah je..tapi termalas pulak nak tulis blog..termiss date yang cantik tu..hheehh..20.11.2011..nombor cantik gak..ada banyak majlis orang kawen tak semalam..huhuuu

Ni kesinambungan entri before ni..lepas je bergerak dari stadium tempat taikai bola tu di adakan, kitorang bergerak pulang..tapi on da way nak balik tu, singgah semayang jap dekat masjid toyama dan juga terjah ke kedai kashmir..heeee..padehal masa tengahari dah makan nasik beriyani kashmir kan..malam tu kitorang singgah lagi..lagipun ada orang nak belanja..heee..arigatou sobkun..sebab orang belanja tak boleh la nak order macam2 pulak kan..menu yang di order nasi beriyani ayam..ikutkan hati nak makan roti naan dengan kari ayam dia..seriyes memang sedap roti naan dia..lembut sangat..last2 kitorang tapau jela roti nan and kari kambing.sebab hubby nak makan kambing..tapi ok gak la kari kambing dia..huhu..kalau datang malam untung makan tabehoudai@ buffet nasi beriyani camtu..kalau nak tabehodai roti naan kena datang tengahari sebab time tu murah..malam macam mahal gak la..huhuu

Memang banyak gila nasi beriyani dia..sampai tak habis nak makan..siap tapau lagi..haha..yela kalau tinggalkan gitu rugi pulak kan..

Singgah sembahyang dekat masjid toyama..tapi gambar super gelap pulak..first time pegi masjid ni..cantik la jugak..kawasan parking dia besar gila kot..huhuu

Dah sampai ke Kashmir..walaupun kedai dia kecik je tapi memang sedap oo..wajib terjah kalau datang ke toyama ni..huhu


Kashmir ni kedai pakistan sebenarnya..my fren yukichan tu cakap, dekat toyama ni memang banyak kedai pakistan pun..tapi kedai ni paling sedap and murah la..murah time tabehoudai la..beli satu2 mahal gak..huhuu..lepas kekenyangan, kitorang pun pulang la ke fukui..perjalanan dalam 2 jam lebih camtu rasanya..huuu

Habis pun cerita pasal g toyama hari tu..heheh..lepas seminggu berlalu :)
Jya!

Saturday, November 19, 2011

Berkoyou di hujung padang

Heheh koyou la sangat kan..sebelum balik, saja ajak hubby bergambar dekat hujung padang..dari jauh nampak macam cantik je pemandangan dekat situ..dengan pokok berdaun kuning2 tu kan..so hubby layankan aje la permintaan wife dia nih..hehee..yela nanti2 kalau datang lagi view dah tak sama kan..so ape salahnya bergambar sekejap dekat situ..budak2 toyama yang lain pun ada jugak ke area sana saja bergambar..onna la..kalau laki memang tak layan sangat kot bab2 bergambar dekat pokok2 ni kan..heee

So, adelaa orang yang boleh tolong snapkan gambar kitorang..i likeeee..and bergambar sekali dengan onna2 dari toyama nih..2 minggu lepas dah jumpa di gifu..dah sempat la berkenalan gitu..heee


Ternyata la tak sia2 menapak sedikit ke hujung padang tu..sebab gambar2 memang cantik..heee..aa bergambar dengan adik2 nih nampak aku macam tua sangat ke eh..heee..ke macam sebaya je..ekekeke..tak perasan diri dah tua kan.hehehe~

Jya!