Saturday, December 21, 2013

Cara membuat puree dan bubur carrot + ayam dan untuk baby

Salam

Start 7 bulan baru perkenalkan ayam dekat baby
Takla bagi makan gitu je kan
Boleh bagi baby makan dalam bentuk puree (carrot + ayam puree)
Or boleh jugak masukkan bersama dengan bubur nasi

So cara-caranya:

Sediakan carrot. Buang kulitnya. Sediakan jugak ayam bahagian isi ye.

My fav ni. Wajib ada kat rumah untuk buang segala jenis kulit. Buah & sayur. Senang, mudah dan menjimatkan masa. Boleh beli dekat daiso.

Potong carrot kecik2 dan basuh

Potong ayam kecik2 dan basuh bersih2

Steamkan ayam dan carrot 20 minit 

Blendkan halus2

1. Carrot + Ayam puree
Dah siap dah carrot + ayam puree
Boleh bagi makan cam ni je. Boleh masukkan dalam bekas macam ni untuk simpan di tempat beku
Bila nak guna, boleh turunkan ke bhgn peti ais belah bawah malam sebelumnya

2. Bubur Carrot + Ayam
Ni bubur nasi yang dah siap masak (berasingan)
- bubur better masak hari2. Then tambahkan puree yang dah dibekukan (defrost dulu before masukkan dalam bubur)

Ambil puree carrot + ayam yang dah diblend, campurkan dalam bubur.
So siapla bubur carrot + ayam. Boleh tambah stok ikan bilis jugak.
Tak tambah pun ok je rasa dia sebenarnye heee

3. Stok carrot + ayam puree (cube)
Masukkan lebihan puree carrot + ayam yang dah diblend dalam bekas cube cam ni

Tutupkan dan letak dalam tempat beku

Bila dah beku, boleh keluarkan dalm simpan dalam bekas plastik ziplock
Tapi ni milk storage sebenarnye. Time ni tak beli lagi plastik ziplock sebenar

Haritu dah beli plastik ziplock tu dekat AeonBig
Time ni buat carrot + kentang puree

carrot + kentang puree lepas dah dibekukan

Dah siap simpan dalam plastik ziplock brand reynolds. Best plastik ziplock ni. heee
Kena labelkan dan tulis date buat dengan marker pen okehh. Pastu simpan dekat tempat beku.

Oklaaa
Jya!

Monday, December 16, 2013

Cara buat stok ikan bilis untuk masukkan dalam bubur baby

Salam

Lamanya rasa tak dapat tulis belog uwaa
Asyik tak sempat je
Ikutkan hati hari2 nak tulis something 
Kena cari masa la lepas ni wuwuuu

Kali ni saja nak share cara nak buat stok ikan bilis untuk baby
Yelaa baby dah 7 bulan kan
Dah boleh makan bubur nasi
Melalui pembacaan dekat internet 
Kalau nak bagi rasa sikit boleh la tambah homemde stok ikan bilis ni
NO garam and NO gula for baby okehh

Memula tatau nak buat ke tak
Tapi try je la kan
Dah dekat half way in preparation baru rasa nak ambik gambar
So awal2 tu pic takde la heheh

Step-step nya:

1. Ambil segenggam ikan bilis, buang taik dan tulang nya bersih2. Letak dalam bowl kecik. Kalau nak buat banyak lagi boleh tambah kuantiti.

2. Basuhkan ikan bilis tersebut. Kemudian, isikan air dalam bowl, rendam ikan bilis dan biarkan dalam 10 minit.

3. Buangkan air, toskan ikan bilis. 

4. Sangaikan ikan bilis

Btw, saya pun first time dengar word sangai ni.haha.Rupanya sangai ni gorengkan tanpa minyak.
Masukkan ikan bilis yang dah di toskan tadi dalam kuali, bukak api kecik, terbalik2 kan ikan bilis sampai separa garing. Then tutup api.

Rupa ikan bilis separa goreng 

5. Blendkan ikan bilis tadi. Gunakan blender kering.

Gunakan blender sedia ada je ni. Tapi rasanya macam first time guna je sejak beli dulu part kering ni. Heheh

Ni la hasilnya. Blend halus2. Sehalus yang mungkin. Bau dia kan lepas dah blend ni sedap betul hehee

6. Isikan dalam tapue

Boleh la pindahkan ke dalam tapue. Tutup elok2. Member cakap boleh je nak simpan dalam peti ais ke. Saya letak kat luar je. 

Yeayy siap stok ikan bilis :)
Bila buat bubur baby tu, tabur la sikit stok ikan bilis ni nak bagi ada rasa sikit
Buat banyak ni pun taktau bila nak abesnya haha

Oklaa
Jya!

Tuesday, December 10, 2013

Cara buat puri buah/sayur baby menggunakan Philips Avent Steam & Blend

Salam

Saja nak share cara buat puri buah untuk baby heee
Bila baby masuk je 6 bulan
Bermula la pengalaman baru untuk mommy baru
Nak kena sediakan makanan untuk baby pulak kan huhu

Untuk memudahkan kerja
Aritu last2 beli jugakkan philips avent steam & blend ni
Memang berbaloi la rasanya
So far dah pernah buat puri apple, carrot, broccoli, pear, labu guna blend ni
Masuk 7 bulan ni penah blend bubur nasik harriz jugak

So, cara nak buat puri ni
Mula2 buang kulit buah/sayur
Then basuh, potong kecik2
Lepas tu masukkan dalam blend avent ni ( bhgn steam hijau belah bawah)
Lepas tu, isikan air dalam tempatnya (seperti pic dibawah)

Untuk air, 50ml tu anggaran untuk 5 minit. Biasa epel/pear dalam 5minit je.
Carrot dalam 15 minit= 150ml

gk
Siap leak air, tutup rapat2 tempat air tu. Pusing ke kiri (untuk steam). 
Btw, dia akan berbunyi bila dah abes steam tu. So tak tengok jam pun takpe. 
Tengah untuk off. Kanan tu utk blend.

Ada buku panduan jugak. Boleh rujuk untuk buat resepi makanan baby

Ni contoh untuk buat puri epel

Lepas dah abes steam, pusingkan, blend pulak. 2 atau 3 kali dlm kiraan 10. Hasilnya mmg nyummeh.
Btw, kalau nak blend tu, tak boleh la sikit sgt takut tak hancur betul. Macam sebiji buah tu okla.

Lepas tu boleh la isi dalam bekas. Ni puri pear. sebiji dapat dalam 5 x 1oz bekas je. wuwuu

Sedap gak puri ni. Hehh mak die yang rasa sedap. Harriz tak berapa suka pun pear or epel.
Dia suka avocado n labu. heheh

Nak isi dalam bekas macam ni pun boleh jugak.

Selalunya mana yang nak anta ke pengasuh letak je belah bawah peti ais
Yang lebihnya letak bahagian beku
Esoknya bila nak guna, malam sebelum tu dalam pukul 11pm letak ke bahagian bawah pulak
Tak rendam dalam air pun takpe
Pagi esoknya dah tak beku dah
Masa nak bagi baby makan, keluarkan dari peti ais
rendam jap dalam air suam bagi tak sejuk sangat rasa dia

Selalunya buat sikit2 je
Untuk beberapa hari makan, lepas tu buat baru hee
Lepas ni nak kene gigih cari resepi bubur pulak

Oklaaaa
Jya!!

Saturday, December 7, 2013

Slow cooker untuk buat bubur harriz

Salam

Yeayy hari ni dah 7hb dah
Genap sudah harriz 7 bulan
Alhamdulillah :)

So start 7 bulan ni nak start bagi harriz makan bubur
Baca2 dari belog2 mummy2 lain
Macam senang je kalau guna slow cooker ni nak buat bubur baby

Masa g jusco aritu tak sempat nak survey brand ape ok sume
Last2 amik je la kan
Takut tangguh2 lagi tatau bile boleh g beli pulak

Tadaaa..
.
.
.
.
.

Jenama panasonic menjadi pilihan hati.ekeke. Harga dia ok la. After diskaun 5% jadi RM83.

Panasonic slow cooker
Ni la kalernye. Boleh on-off je.tak boleh adjust2 pulak.huhu

Btw, tak rasmi lagi ni
Baru basuh cenggitu je
Sok macam nak try la guna
Tapi beras perang tak beli pun lagi wuwuu
Ke beras putih biasa pun bole je kott kan ehehh
Lepas ni nak stadi balik kejap
Waaa..sejak jadi mommy ni setiap kali tukar bulan
Nak kena stadi macam2 kan haha
Resepi bubur pun baru tengok2 gitu je aritu
Tak decide lagi nak buat camne
Tapi ingat nak bagi bubur kosong je dulu mula2 ni
Nak tengok penerimaan harriz

Makan banyak2 ye nanti sayang. Kasi lagi bambam hehe

Aaa esok papa ada football tournament pulak
Mama n harriz tak ikot la kot
Nanti panas ke hujan ke susah pulak kan
Good luck papa :)

Oklaaaa
Oyasuminasai
Jya!

Friday, July 26, 2013

Penyediaan susu perahan untuk dihantar ke rumah pengasuh

Salam

Saja nak cerita secara ringkasnye cara yang saye buat untuk prepare susu baby yang dihantar ke pengasuh tiap2 hari

Oleh kerana cooler bag yang says pakai kecik mcm bawah ni je
So boleh letak 4 botol je dalam tu
Plus dengan ice pack sekali

Cooler bag medela

So setiap hari saya akan prepare 4 botol susu untuk dihantar ke rumah pengasuh
Botol tu guna bumble bee punya botol
Tapi botol susu harriz jenis avent
So memang tak boleh la minum direct dari botol berisi susu tu
Kena tuangkan berapa amount susu yang diperlukan dekat dalam botol susu avent tu
Rendamkan dalam air panas beberapa minit, baru baby boleh minum

Hari tu beli jugak set bottle warmer n sterelizer ni
Autumnz punye jela kan
Hajat nak beli yang avent punya
Tapi tak jadila sbb harga beza byk
Risau gak takut tak guna ke haritu hihi

Ingat nak bagi warmer tu dekat pengasuh
Tapi die taknak
Dia nak rendam dalam air panas macam biasa je huhu
Yapi sterilizer tu pakaila kat umah
Untuk steril botol2 susu tu
Amik masa 6 minit je untuk sterilkan
Tapi berminit2 untuk manual lap botol2 tu after dah steril haha (-_-)

Btw, sbb ada 4botol je boleh masuk dalam cooler bag,
Isi la full tiap2 botol, ke kecuali botol last tu
Botol 1,2,3 isi 5oz, yg last tu isi 3oz total 18oz
Sebab baby minum 18oz sekarang
Biasanya ptg masa amik die tu
Memang dah habis la semua botol
Takde balance pun huhu

Oh ye, kenape buat numbering tu kan
Sebabnya biasa, botol 1 untuk diminum tu susu fresh
Susu fresh maksudnya susu yang baru di pam semalamnya
Yang terus letak dekat peti ais belah bawah tanpa dibekukan
2 dan 3 tu susu beku (stok susu) yang dah di cairkan
Yang 4 tu tengoklaaa..kdg2 letak susu yang dah dicairkan, kdg2 susu fresh hihi

Ni stok haritu, skang ni stok gemok2 ni sume dah abes dah..uwaaaa
Tinggal stok nipis2 mcm belah blkg tu je

Sebabnyaaa..
Kalau susu beku tu isi gemok2 mcm dekat atas ni
Taktau nak bajet dalam tu ada berapa oz
Pakai cairkan je 2 plastik tu
Kalau cukup2 10oz, yang baki 3 oz tu letak susu fresh jela ( kalau ada lg baki perahan smlmnya)
Kalau bila cairkan ada dlm 13oz ke, letak jela baki 3oz tu susu yang dah dicairkan tu
Kalau cair2 dapat 11 or 12 oz, topup cket la dengan susu fresh heheh
Kalau terlebih 13oz, hantar jela sekali yang lebih tu ke rumah pengasuh
So lepas ni kena buat nipis2 je, isi betul2 1plastik 12oz tu letak 6oz
1plastik 6oz letak 3oz, bila dh tau betul2 amount die
Senang nak bajet nak cairkan bape banyak kan
So, takdela pening2 taktau terkurang or terlebih huhu

Bagi yang tak sure anak boleh abeskan semua susu ke tak tu
Better yang botol last tu letak susu fresh
Sebabnya, kalau tak habis, esoknya boleh minum lagi
Susu fresh kalau letak bahagian bawah peti ais tahan 3-5 hari kan
Kalau yang tak habis tu susu beku yang dicairkan, 
Kena abeskan jugak dlm masa 24 jam dari masa susu tu di cairkan
Kalau tak minum, pastu buang je, sayang la kan huhu

Penah la hari tu
Saye dah buat numbering cantik2
1,4 susu fresh, 2,3 susu dicairkan
Mase tu letak 4 x 5oz..so 20 0z laa. (time awal2 aritu)
Akak tu bg baby minum tak ikut urutan sy dh buat
Dia bg baby minum semua yang fresh dulu
Sekali hari tu baby minum 3botol je
Baki botol last tu, tak minum lgsg
Tapi sebab tu susu yg dh dicairkan, last2 buang je
Rasa sayang sangat..isk2
Penat tau mengepam pastu last2 buang camtu

Masa tu klau blk umh bg botol pun baby tanak huhu
Lps tu bgtau pengasuh ikut urutan numbering tu untuk bg baby minum 
Akk tu ckp, awal2 pagi nak bg susu fresh kat baby
Sebabnya beza rasa susu fresh dgn yang dh dicairkan tu huhu
Skang ni botol 1 jela yg konfem susu fresh
2,3 konfem susu yg dah dicairkan
Botol 4 tu letak fresh ke cair ke dah x bgtau dah akk tu haha
Tapi skang die ikut urutan la, ok la tuu huuu

Oh ye, biasa susu beku tu akan direndamkan dalam bekas berisi air paip
Biarkan susu tu cair dekat peti ais belah bawah tu
Bila dah cair habis baru isi dlm botol nak anta ke pengasuh
Dalam pukul 11 or 12 mlm tu boleh la cairkan dah
Tapi kalau pagi tu nak buat pun bole
Cuma takut kelam kabut nak g keje je hihi
Sebab amik masa cketla nak cairkan susu tu kan
Tapi takdela lame sangat pun
Dalam sejam jugak kot
Ikut amount susu tu jugak
Klau byk, lame la
Klau cket je satu plastik tu kejap je heheh

Oklaaaa tu je kot nak shareee
Setiap org maybe cara lain2 kot huhu
Saya pun baru2 belajar jugak
Baca2 dari internet je 

K laaaaa
Oyasumi. 
Jyaaaaa!




Monday, July 22, 2013

Mengemas keperluan bayi untuk dihantar ke pengasuh

Salam

Rutin harian sekarang tiap2 malam kemas barang2 nak hantar ke rumah pengasuh huhu
Kalau sempat kemas terus lepas balik kerja
Kalau tak sempat time tengah malam jela hehe

Bukan banyak pun barang nak bawak
Disebabkan akak pengasuh tu akan mandikan baby 2x sehari kan
So kena la bagi 2 pasang baju
Biasanya untuk pagi, baju lengan pendek
Untuk malam baju lengan panjang
Lepas tu, sarung tangan dan kaki pun 2 set la jugak
Baby still pakai barut, so tambah lagi 2 helai baru
Better bagi barut yang pakai lekat tu kot sebab senang
Jenis tali tu macam leceh cket kan huhu
Maklumla kadang2 baby menangis lepas mandi
So semua pun nak kena cepat dan pantas hihi

Selain tu, letak jugak 2 helai napkin
Untuk balut baby or lap2 ke haha
Tapi kalau bedung guna napkin kaki terkeluar dah
Tak muat pun heheh
Bagi sekali 1topi, utk pakai time balik ke rumah ke
Sebab nak bagi angin tak masok kepale baby ikut ubun2 die
Elak kembong orang kate
Letak sekali selimut die
Macam pampers kitorang bagi setiap hari
Hari2 make sure ade 7 helai pampers dlm beg tu
Satu lagi, towel kecik utk lap mulut die kalau ade susu huhu

Mana yang dah pakai, baju etc, akk tu akan letak dlm zip beg belah luar
Yang tak pakai, ade jela dlm beg tu


Oh ye, towel pulak, selagi ok tinggal je kat umah akk tu
Biasa 2x sekali ganti tuala lain
Barang yang mmg tinggal kat umah pengasuh tu,
Mandian baby, minyak sapu, cream ruam, wet tissue pack besar, set tilam bantal die
Susu pun bekalkan hari2
Bab susu nanti cite kat entri lain la 
Hari ni mengelat cket, balik dr ofis singgah bazar jap
Pastu balik umh pam dulu
Sebab mcm dh lama x pam tadi
Lps ni smyg jap pastu amik baby dkt blok dpn ni

Oklaaa
Dpt jugak tulis satu entri sambil pam
Selamat berbuka semuaaaa
Jyaaa!

Thursday, July 18, 2013

Cara simpan stok susu menggunakan storage bag dengan tersusun dan kemas


Salam

Saja nak share bagi yang taktau
Saye pun belajar dari member huhu
Pening jugak bila taktau cara nak susun stok susu kan 
Ni bagi yang guna milk storage bag la ye
Saye tak gune botol huhu

Isikan susu dalam storage bag ni separuh. Kalau size 7 oz letakla 3.5 oz camtu. Kalau guna size 12 oz, letakla dlm 6 oz camtu

Lepastu, tanpa tutup seal atas tu,buangkan semua udara yang ada. Kalau ada tinggal cket2 tu kira halal jela hihi. Lepas udara dah dibuangkan, seal storage bag tu

Kemudiannya, bolehla baringkan ia seperti ini. Ni atas meja, baringkan la dalam fridge k

Bila dah keras, dia akan jadi leper2 macam atas ni. Boleh la dirikan is. Tapi ni start dari mula try aritu, ada yang yang aku taram letak 5oz ke, jadi la kembung. Nak cantik, letak same jela 3.5oz. Nak kira stok pun senang kan huhu

Kalau tak buat kurus2 camtu, jadile gemok2 cenggini. Susah nak simpan haha.rugi space. Tapi igt kena cari rak untuk susun belah atas yang kosong tu. klau stok banyak la hihi.Amin :)

Cket je kan stok susu saye. Adela dlm 100oz kott. Kalau baby minum 18oz sehari, untuk 7 hari je tu.wuwuuuuu..kene topup stok nih..pam pam pammm huhuu. Klau stok keluar sama dengan stok yang masuk at least takla risau sangat huhuu

Doakan saya k!
Jyaaaaa!

Monday, July 8, 2013

Updateee! Hari pertama masuk kerja

Salam

Hari ni sepatutnya start keje
Tapi last2 mc sebab demam huhu
Bukan baby demam
Tapi mamanye demam
Dari semalam lagi

Smlm mase cek suhu, smpai 39.4celcius!
Bukan main tinggi lagi
Igtkan kalau pagi tadi dah ok boleh g keje
Tapi cek2 tinggi lagi dlm 38.7celcius camtu wuwuu
So message jela bos gtau mc harini
Ceh msti org ofis ckp alasan takmo kije nih haha
Tapi seriyes tak larat

Smlm mmg dari pg taklaratnye
Hubby la banyak tlg jaga baby
Mekasih en.suami :)
Mamanye bagi susu je
Tapi mandikan baby mamanye jugak
Papanye blom training lagi hehe
Tapi ptg tu baby takmo isap susu
Maybe sbb miss b panas sgt kot
Die rasa pelik huhu
Nasib ade susu fresh yang baru pam
So mintak hubby bagi guna botol
Ok pulak die minum 
Mula2 bg 1oz, habis
Bagi lagi 1.5oz habis jugak
Kalau mamanye bagi botol digigit2 nye puting tu haha

Wlwpun cuti arini
Anta gak baby g umah pengasuh
Lepas anta baby tadi
Hubby bawak g klinik
Amik mc sekali
Anta jugak tu sbb igt nak rest cket kat umah
Kot2 baby meragammmg xdpt nak rest
Tapi hati asek teringat baby je wuwuuu
Ni sambil2 pam je ni
Lps ni igt nk g tgk baby
Tapi hujan pun ni 
Nk balik bek baby tak boleh pun

Aaa pam2 tak byk mna pun kuar
Riso bulan pose ni punye stok
Skang ade bape oz pun tak kire
Tapi dalam 100oz ade kot stok dari pantang aritu
Tapi kalo sehari 2.5x6 dah 15oz kan
Utk bape hari je tu isk2
Jom pam pam pamm huhu

Oh ye aritu kn sabtu saja kuar jap
Tapi tulaaa stroller x beli lagi kan
Penatnye bawak baby berpegang haha
Pastu cam kesian time die dh ngantok nak tido tu
Taubat tak bawak dah die jalan selagi stroller tak beli lagi ni huhu
Smlm pun patut ade exam jlpt n3 tu, tak pegi pun
Amik lagi 6bulan la, bln 12 nnt hehehh

Aa oklaaaa
Rindunyer my baby
Padehal kat blok depan ni je hihi
Btw smlm baby harriz dah 2 bulan :)
K laaa jyaaa


Friday, May 10, 2013

Alhamdulillah. Syukur.

Salam.
Lama jugak tak dapat nak berblog.
Sebabnya saya dah selamat melahirkan baby boy pada 7/5/2013 @ 11:03am di Al-Islam Specialist Kg Baru.
Berat baby 3.07kg.
Skarang dh start berpntang di kampung.
Sebok betul rutin sejak dah jadi mommy.
Macam2 nak cite tapi tak sempat lagi.
Kat kg takde intenet pulak, ni pun try update guna hp je.
Oklaaaa..nnt update lagi..
Btw, hari ni my besdeyyy.
Beza 3 hari je dengan baby huhuu.
Jyaaaaa.

Sunday, May 5, 2013

39w 4d : Berdebar menanti keputusan PRU13

Salam

Hari ni 5 Mei 13 bersamaan 39minggu 4 hari dah baby dalam perut huhu
Baby takmo kuar lagi..nak suh mommy dia layan keputusan PRU13 dulu kot ari ni
Tapi rasa macam semakin sakit la bhgn bwh ni
Nak bangun pun mcm susah je
Selalu berpaut dekat hubby kalau nak bangun heeee


Pru kali ni memang semangat sebenarnya nak mengundi
Tapi dok KL pastu nak balik perak mengundi
Time sarat2 ni..memang rasa macam tak larat laa
Hubby ajak gak balik sebenarnya tapi saya takmo balik
Gomen nee hubby..suh hubby balik sorang, dia risau wife dia sorang2 kat kl ni
Last2 dengan dia pun tak balik mengundi
Padehal, dia memang laa sangat semangat nak balik mengundi
Dua-dua pun first time nak merasa mengundi sebenarnya
Bukan ape, dah 39 week ni rasa taklalu nek dok dalam kete lama2
Risau jem gila ke jalan kan
Tiba2 nak beranak camne..huhu
Tapi hakikatnya x beranak pun lagi
Tapi harini satu hari dok umah je, tak g mana pun
Layan cite kat umah
Hubby asek tengok fb tgk kawan2 update pasal pru ni
Arigatou hubby sebab teman saye dekat sini ;)

Oh ye, cerita pasal rumah
Last2 malam tadi dah dapat masuk tengok rumah
Tapi kunci tak amik lagi
Sebab agen kate nak suh orang cuci dulu rumah hari ni
Sekali tengok harini macam tak cuci mana je
Cleaner kebas brg dlm rumah tu ade la.isk2
Stakat buang sampah sket2 je
Esok diorang nak amik ade brg2 len yg x bwk kuar lagi
Ade sofa buruk, tv gemok lame 2
Taktau diorang nak kuarkan ape lagi
Aaa tak kesah sgt..sebab semak je huhu
Rumah tu ok laa
Ade gak yang mcm x berapa ok
Tapi nanti nak discuss dengan agen
Suh diorang tlg repair cket kot
Sampai gak hajat nak tgk rumah before beranak kan
Tapi nak masuk macam tak je lagi
Banyak nak kena urus kot
Tak berapa larat lak
Nanti jelaa mintak hubby tgkkan huhu

Semalam adik saya dah selamat bernikah
Omedetouuuu..tak sangka adik saya dah kawen
Dan saya dah dapat adik ipar oo..heee

Aaaa sambil2 tunggu keputusan rasmi pru je ni
Berdebar2 lak walaupun tak balik mengundi kan huhu
Moga yang lebih layak memimpin negara akan menang
Aminnn..

Oklaaaa..doa2 moga yang dihajatkan memang akan menang k
Jyaaaaa~

p/s: bile la baby mau kuarrr..moga dipermudahkan..Aminn

Friday, May 3, 2013

3 May dahhh..huhu

Salam

3 May dah hari ni..
Semalam takde idea nak tulis entri apa..
Mood nak menulis pun takde huhu
Oh ye..3 May dah..dah saye masih lagi di rumah
Belum lagi beranak..show pun takde wuwuwu
Cumanya semalam memang perut asek memulas2 je
Tahlaa salah makan kot..asek beri je keje.4-5 kali gak kot haha

Hari ni macam dah ok cket..
Aaa cite pasal 3hb dah..rumah tak dapat masuk lagi
Diorang suh tunggu malam esok pulak kononnya nak bagi kunci
Haihh penat menunggu kan
Family nak datang dari perak petang ni
Ok sila la menapak ke tingkat 4 ni
Kesian kat opah yang dah tua la
Penat orang tua tu nak naik tangga ni
Ingat haritu dapat pindah dah
So takdela penat2 nak naik tangga dah kan
Esok kan my lil bro nak nikah
Tu family datang tu..
Tapi diorang balik ptg esok jugak kot
Sebab 5hb dah hari mengundi kan
Semangat je nk mengundi isk2
Aku mmg tak balik laa
Hubby, ntahlaa takkan dia nak balik mengundi
Tinggal aku sorg2 kat kl ni huhu

Semalam patut kena g kkia check up mingguan tu
tapi aku tak g sebab malas gile
Tak larat pulak rasa nak drive sendiri g check up
Kkia tu dkt dgn tmpt kerja, so jauh skit la kan
Biase g tu sbb time tu keje, so x pelaaa
Last2 kol je kkia tu ckp x dpt g smlm
Dia kata g kkia len pun boleh
Ade je satu kkia len dkt dgn umah ni
Nurse tu ckp kalau selasa dpn x bersalin lagi,
G jela check up tu selase dpn
Oklaaaa..huhuu
Due rabu, rabu tu kalau x branak lg mmg nk g spital pn

Aaaa esok mjlis nikah adik tu
Mesti ramai gile sedare2 datang kan
Tengah mood malas nak jumpe org sbb skang dah gmok giler kott
Mana taknya dah naik 20kg kott
Nanti msti org asyik tanye bile nak branak kan..
Aaa mintak2 x stress esok haha

Oklaaa ape aku merapu ni
Entri yang sangat random
Jyaaaaa

Wednesday, May 1, 2013

39 weeks!

Salam

Selamat hari buruh!
Dah masuk bulan mei dah rupanya huhu
Dah masuk 39 minggu jugak hari ni
Tak kemana pun kot hari ni
Nak pindah rumah pun tak dapat
Nak jalan pun tak berapa larat dah
Ingat nak packing2 barang nak balik kampung nanti jela
Kalau tak packing sendiri nanti hubby taktau kot nak packingkan huhu

Start dengan keluarkan breastpump set dari kotak
Dah beli haritu tapi tak charge ape pun lagi
Ade je dalam kotak and plastik die
Tak tengok pun manual dia aritu
Punyela malas kan
Semangat nak beli je.hampess huhu

Pastu tengah nak charge tibe2 macam pelik je
Tak kuar pun gambar bateri tengah cas ke
Test2 sekali charger rosak la pulak
Haihh tensen betol :(
Kenape laa ade je benda yang malang ni
Nak pegi tuka pun satu hal la pulak
Dah tak larat laaa nak g tuka time2 ni isk2 :(
Tapi tak tuka kang nak charge guna apaaa
Wuwuwwwwu sadissss

Aaaa emosi tak stabil laaa lately
Ade je benda yang tak bestnyaaaa
Stress!

Oklaaa
Nak sambung packing barang balik kg pulak laaa
Dari termenung sana sini mengenangkan nasib huk2
Perut pun dah lapaa ni
Huhu

Jya!

p/s: baby, bile laaa nak kuarrr..huhuuu~

Oh my rumah lagi!

Salam

Konon2  dapat kunci 1 May kan..nak masuk umah
Last2 agen tu cakap 1 and 2 hb ni owner nak pindah barang dulu
Dia akan bg kunci dalam 3 or 4hb
Haishh owner ni kenapa x pindah je brg weekend aritu
Kan dah janji nak bg kunci 1 may? mm
Tulaa dah agak dah time dah sampai date ade je alasan nak postpone
Ni nanti 3 or 4 hb xsure lagi bole dpt ke x kunci
Memang sakit hati betul laaa
Kalau tau dulu dari bulan 12 mcm ni, asek postpone je
Memang taknak sakitkan hati dgn beli umah ni
Asek janji boleh masuk, boleh masuk
Last2 postpone.Ade je alasan mcm2
Rasa kesian dekat diri sendiri isk2

(T___T)

Memang kalau boleh dah lama nak sgt msuk umah tu
Kalau boleh mase awal pregnant dulu lagi laa
Mase tengah larat lagi
Tak sangka sampai nak beranak pun tak dapat lg masuk umah
Sedeynyeeee
Sampai hati buat kitorang mcm ni sob sob
Sampai nak beranak ni pun berharap gk dpt msuk umah
Tp rasa mcm xde harapan je
Baik pikir nk beranak ni camne
Mental pun tak abes prepare lagi
Nak serabutkan dengan masalah rumah

(T____T)

Tak sangka sampai nak beranak ni
Aku boleh panjat tangga lagi naik tingkat 4 hari2 huhu
Takde lif ok umah ni
Umah nak pindah tu tingkat 1 je huhu
Rumah pun tak proper lagi
Tak abes lg beli brg rumah sbb konon nak tgu pindah umah
Tinggal angan2 jelaaa kott sob2
Tapi kalau dah beranak rse x larat je nak naik tgga
Nak trus blk perak pun larat ke
Jauh kot huhu.Tengok la nnt cmne

(T_____T)

Oklaa abes bab rumah
Tadi g melawat member yang baru je branak awal pagi tadi
Tahniah jueeee
Baby comey jee 2.4kg huhu
Bestnyee sume dah selamat
Lepas ni my turn la pulak
Moga dipermudahkan.Amin

Jyaaa
Oyasumi

Monday, April 29, 2013

Check up lagi dan MC

Salam

Cuba tengok ticker bawah ni...
38weeks & 5 days pregnant. 9 days to go..
Uwaa 9 hari je lagi dah nak due date
Macam tak pecaya je
Tapi seriyes laa cuak..isk2

  Lilypie Pregnancy tickers

Tadi ada lagi check up..
Yelaa sekarang kan check up tiap2 minggu
Tiap2 minggu jumpe gynea..melayang fulus huhu
Takpelaa demi baby terchenta kan
Dah nak dekat dah pun ni

Jumpe dokter tadi..dia kata..
Awak ni dah dekat dah ni..sikit je lagi
So hari ni nak buat ve
Haa..okee aku dah cuak kan
Tapi baring je laaa
Tapi end up tak cek abes pun sbb aku dh siap nanges boleee
Hoii ni baru nak buat ve. Camne laa nak beranak nanti.

(T___T)

Last2 dokte scan je la mcm biase
Hari ni tak buat ujian air kencing
Scan2..berat baby 2.7kg++
So ok la kot..baby kecik je dokter cakap
Air ketuban ok..kepala kat bawah ok..
Lepas tu dokte suh buat ctg
Result ok
Heartbeat ok..
Ingatkan lepas buat ctg jumpe balik dokte
Sekali tak jumpe pun sbb dokte dah masuk ot lak
Tapi aku mintak gak mc sbb dah xkeje kan
Dapat mc smp next appoinment nnt 8/5
Yeay.10 hari terus.. Takyah pikir dah psl mc..heheh
Next appoinment tu mmg dah due date dh tu huhu

Aaa tatau laa...mampu ke nak bersalin normal?
Tibe2 rasa nak czer je bolee?
Tapi nanti sakit lepas tu lagi teruk and anak boleh sikit je
Wuwuwuw..saya kompiusss..cuak pun iyee...isk2
Ya Allah..permudahkan laaa semuanya..Aminn

Oh ye..minggu ni pulak mcm bz je kan
Macam2 tarikh penting pulak
1/5 - konon2 dapat kunci nk pindah umah..tapi tahlaa tak berharap mana.kdg2 cakap je lebih
3/5- family nak datang kl untuk majlis adik
4/5- Majlis nikah adik dekat kl je.nasib la adik tu laki kan.bwk diri je la.plus hantaran
5/5- tarikh mengundi pulak.Tatau la balik ke tak kampung nak mengundi ni. Risau terberanak ke mana tau.

Berserah jela..tatau nak arrange date bagai macam mana dah
Folo jelaa tengok nanti macam mana
Moga dipermudahkan segalanyaaa.Amin

Jyaaa.

p/s: Finally hari ni dah bayar duit booking untuk bersalin dkt hosp yg ktrg g checkup tu..Ingat nak guna gl..tapi beza sbnrnya bayar cash dengan guna gl..in case byk sgt bil dia mybe guna gl gak kot. tapi takpe sbb boleh refund balik yg deposit booking tuh huhu..

Sunday, April 28, 2013

Penantian yang belum berakhir (T____T)

Salam

Ohoho..ni bukan cite pasal beranak okeh..
Beranak pun satu penantian jugak
Tapi boleh tunggu lagi hehee
Tengok esok mase checkup jmpe dokter, dokter cakap ape,heee

Ni nak cite ni penantian nak masuk rumah
S&P dah sain, loan bank dah sain,
Deposit dah bayar, sewa advanced nak masuk rumah dah bayar
Owner tak bagi lagi kunci nak masuk rumah wuwuwuww

(T___T)

Memang plan nak masuk umah awal
Sebab owner dlu cakap bila dh bayar sume dah boleh masuk
Sekarang ni, mr agen cakap, wife owner and dia punya lawyer suh tunggu 1/5 pulak
Hoii bezaa berapa hari je pun..kasi jelaa kunci adess
Kan senang kalau bole pindah weekend
Sementara belum beranak lagi ni
Walaupun sah2 la aku tak tlg angkat barang kan
Tlg tengok jelaa
Mr hubby pun dah tensen sama
Asyik menunggu je kitorang ni
Lepas satu date, satu date diorang kasi
Pastu tetiba postpone..ade je alasan macam2


Ni pun 1/5 tah dpt kunci ke tak pun tatau la
Aritu Mr agen ckp kalau lps byr sewa advanced tu owner x bagi gak kunci dlm 2 hari tu
Diorg nak pecah masuk je tukar kunci
Eleh, cakap je berani..dah seminggu lebih dahh..xbuat pongg huhuuu

Si owner pulak, dgrnye alasan nak bg msuk 1/5 sbb ada lg brg diorg dlm umah tuu
Masalahnye dah lama kot nak jual umah ni
Takde gaya pun nak amik barang2 diorang dlm umah tu
Kitorang ni sampai sekarang tak tengok lagi rumah tu camnee
Tapi sume dah setel dah, s&p, loan sumeeeee
Tensi macam ni..hope rumah tu ok
Agen cakap mmg ok..tgk gmba mcm ok tapi tahlaaaa

Aaaaa sabar jap lagi 3 hari fuhhh
Jyaaaa!

Friday, April 26, 2013

Officially bercuti. Yeayy :)

Salam
Hari ni last day kerja.yeayy..seronot..
Dengan ini saya mengumumkan akan mula bercuti dari kerja pada 38w 5d aaa
Okla tu kan nak dekat2 39w dah hihi
So far memang drive sendiri lagi g kerja
Hari2 kena redah jem g kl
Perjalanan pergi dalam 1 jam, ballik pun dalam 1 jam
Tu normal..kalau tak normal, jem melampau, memang lebih la wuwuwu (T__T)
Dah nasib kerje dekat kl nak buat cmne kan heheh

Bangun pagi2 pun lambat je
Nak angkat kaki pun sakit
Yelaa bila dah baring lama,
Once nak bangun tu area ari2 tu memang sakit gilaa
Amik mase cket nak ok huhu
Hari2 pun asek terlambat je nak sampai ofis
Dah la skarang ni bertambah jem sket sebab projek mrt merata2
Jalan shortcut yang biasa lalu kena tutup
Kena redah jalan byk traffic lite wuwuwu

Aaa bos pun terkejut tadi
Dia ingat aku dah start cuti
Pastu cakap la hari ni last
Bos2 sume risau takut sangat aku terberanak time kat ofis
Macam tak sabar2 nak suh aku stat cuti heheh
Aku pun tak saba gak nak start mc sbnrnye
Sebab mcm x larat dah nak g ofis huhu
Padehal ni nak start ber-mc je sampai la beranak nanti bukan amik cuti
Dokter baik kot nak bagi mc kannnnn
Dah beranak baru nak call bagitau ofis, so pastu baru start cuti 2 bulan tu
Aaa kan best kalau mcm gomen,3 bulan kot kan huhuuu

Oklaaaaaa,tu jeeee
Jyaaaa~

Thursday, April 25, 2013

Checkup 38 minggu

Salam

Ni cerita semalam
Semalam pagi kuar awal sebab ada checkup dekat kkia
Sorang nurse ni terkejut tgk aku ada lagi
Dia kata ingatkan aku dah bersalin dah haha
Aku jadi org first tuh amik nombor
Tapi end up dalam 830 jugak kena panggil
Sebab diorg dahulukan org yg puasa sebab kena minum air gula dulu
Apa2 la labu.malas nak emo kan haha
Semalam kena amik darah utk cek kepekatan darah etc
Nama dia FBC..tapi hb cek jugak
Result hb hari ni lawa je 12.3 hehe
Dah lama tak dapat above 12.selalu macam border2 je

Comeinyee akachan @ 38week~

Timbang berat pulak, dah genap naik 20kg hahaha
Gilos naik banyak gilerr kan
Nampak sangat aku menteradah masa preggy ni
Nasib cek kencing manis ke bp ke sume ok je hihi
Pastu ukur tinggi rahim 36..erk tp aku dh 38w sbb perut dah jatuh kot,,tahla heheh
Air kencing ok, blood pressure pn ok
Semua pun ok la kesimpulannya
Tapi kena minum air lebih cket sbb aritu UTI tak clear lagi huhuu
Tapi antibiotik dh abes makan
Ural tu je xabes lg minum heheh

Oh ye smlm odw balik dari keje jem gile kan
Aku sampai umah kol 9mlm kot
Sebab ptg tu time nak balik tu jem gile
Minyak lak tinggal 1 bar je..tak berani dah nak bawak
Last2 patah balik, masuk satu shopping mall ni
Nak abeskan mase jap bajet nak tggu jem reda
masuk2 je terjumpe lisa surihani dengan mak die heheh
Ekelaaa kecoo je kan..aaa bia jelaa pestime jumpe pn
Tapi tak tego pun laaa tengok gitu jeee Hak2
Pusing2 mall abeskan mase jap
Tapi time balik tu pun jem lagi adess
Orang cakap sebab ada pokok tumbang and banjir
Dekat mana x sure lak laaa
Sebab odw balik tu jem je
Tapi xnmpk pn pokok tumbang or banjirnyeee huhu
Penat betul semalam

Arini masuk lambat cket
Ades asyik lmbt je
Lately dah x berapa larat pun, sakit bawah ni
Baby dah turun kan
Tapi nak setelkan cket keje kat ofis
Esok je kot last keje
Pastu nak buat muke tak larat nak keje dekat dokter2 nak stat mc la mggu depan haha
Okla tu kan isnin depan dah 38w 5d huhu
Nak masuk 39w dah..aaaa xsaba nak jumpe baby :)

Oklaaaaaa
Happy working

Jya!


Sunday, April 21, 2013

Updated check up 37w

Salam

Nak sambung balik tulis entri semalam
Semalam dah tulis2hilang kan
NI tulis ari pc hubby lak heee
Last check up hari tu jumaat kan
Odw nak g hosp tu jem la jugak
Hosp dekat tengah KL
Sebab hari jumaat kot
Tu sebab jem, agaknye org kuar ofis awl nk g shopping ke.erk
Tau la tengahari rehat panjang kan isk2

Appointmnet pukul 11am
Sampai pun area macam tu la  jugak
sampai2 je, bagi GL kan
Copany kitorang GL untuk checkup boleh guna dua kali je
Lepas tu tak cover full, still kena bayar balik 50%..isk2
tapi tolak gaji dengar2 nye nanti 

Kenapela tak free sume kan
(T____T)

Baby @ 37w..alolo comeinyeeeee :)


Lepas tu bermula la sesi menunggu
Dari pukul 11 last2 dah 1130 kan
Hari tu pulak dokter sorang je
Sorang lagi entahla mana tak sure
Tiba2 yang sorang tu ad emergency czer la pulak
Nurse cakap nanti datang balik dalam 1215
Time tu dah abes la czer tu
So sebab lapa g jela makan dulu..situ banyk kedai
1200 camtu g balik menunggu
Dalam 1230 gakla dokter baru sampai
Terus sambung checkup aku lak
Btw aku orang last laa
Sebab jumaat, ptg dah xde appoinment
Hari len je ada sampai petang

Kalau private ni macam simple je checkup yang dibuat kan*

- timbang berat (naik cket la macam biasa)
- amik blood pressure (ok jugak)
-scan perut : mintak dokter tu printkan, dapat selai je..ades..bila tgk berat baby, macam kecik cke plak. Dokter kate perut aku nampak besar..haishh riso lak..nape laa baby mummy ni tanak besa ni..mummy elok je membesar huhuuu..pastu dekat scan tu, tak ckup lak parameter yang diprint, bpd, ac, fl xde..cehh tak dpaat aku nak buat analisis sendiri..isk2
- kepala baby dah kat bawah daaa
- ujian air kencing (albumin/protein nil - ok)
- UTI (positive lagi- plus one..adoi la..kan dah makan antibiotik aritu..leucocytes n pus cell positive lak- hope baby ok ye..mummy try minum air byk lagi lepas ni..isk2)

Result UTI tu pun semalam (sabtu) call balik tanya sebab jumaat aritu result tak kuar dari makmal lagi..huhu..Lepas tu kan, dokter bagi mc 5 hari start dari jumaat sampai selasa ni..aa weekend mmg cuti kira mc gak ke..so kira 3 hari jela kan..huhu..Next appoinmnet selasa ni pulak..dokter nak jumpe balik, pasal baby macam kecik cket, dia nak cek bukaan kot..uwaaa takotnyee nak buat VE..dengar aritu dr macam nak induce risau baby tak besar sgt sebab takut saluran placenta sempit ke etc. double takot aaa..ve plus inducee? aaa cuakk..tengok jelaa selase ni jadi ape..tapi kalau kena induce, dokter ckp guna je epidural..ahaaa part tu aku suka ok..mmg amik jela kottt..huhu

Kowaii yo..
Pray for me ok!
Jyaaaa

Happy weekend mina san =)

p/s: smlm tu yang hilang takdelaa semua macam satu entri ni..2 perenggan macam atas pic tu je..tapi dah takde mood nak tulis balik.ekekeke *P

Friday, April 19, 2013

37W 2D

Salam

Hari ni ada checkup untuk 37w 2d heheh
Dah siap2 nak gerak g hospital
Oh ye saye drive sindiri hokehh
Sebab hubby ade miting hari ni
So tak dapat teman wuwuwu

(T_____T)

Hope jalan tak jem dah laaa
Appointment pukul 11am
Tapi selalunya mesti lambat erkkk

(T_______T)

Takpelaaa tunggu jelaaa
Pastu hari ni tak keja kott
Nak mintak mc jelaaa
huhu

Oklaaaa
Tak sabar nak jumpe baby hari ni heeee
Nak tau berat die dah brapeee
Minggu ni dah laa makan banyak rasanyaaa hak2

Jyaaaa~

Sunday, April 14, 2013

Kencing kotor semasa hamil

Salam

Khamis yang lepas ni g check up dekat hosp yang plan nak bersalin nanti..
Sekali cek2 dia kata kencing kotor pulak dah
Erk..xpenah dgr la pulak before ni kan
Sebab so far, sblm ni byk kali dah check up dekat kkia amik air kencing setiap kali pun
Result ok je..
Rupanya yang dekat kkia tu cek dalam air kencing ada protien ke tak je kot
Kencing kotor ke tak cek
Cam tu ke..aishh..
Awatla tak cek sekali isk2

Gynea tu cakap patut sakit2 dekat ari2
Tu sebab kencing kotor
Bila kencing kotor, means ada jangkitan kuman
Menyebabkan pundi kencing jadi bengkak dan radang
So boleh menyebabkan rasa sakit dekat ari2 tu
Aaa lebih kurang la
Tak reti nak explain lebih2

Untuk lebih lanjut google je laa huhu
Tapi cuak pulak bila baca sumber sana dan sini
 Sebab macam2 cerita boleh baca
Depends nak amik yang positive ke negative

Tapi kan, ni rasanya dh kali ke 3 ke 4 jumpa gynea ni
Before ni cakap gak yang bhgian ari2 tu sakit
Biasa dia cakap biasa la tu, pregnant
Baby dah makin berat, so tekanan dekat bawah tu lebih sikit
Tu sebab sakit..
Awatlaa tak cek kencing kotor ni awal2 kan isk2
Tapi klinik len pn sama je, bila tanya semua cakap benda sama :(

So hari tu
Sebab kencing kotor ni
Dokter kasi la beberapa ubat dan antibiotik ni
Bertambah2 la ubat kena telan

Ni hari tu time g klinik lain, dapat ubat selsema. tapi so far baru telan sebiji je.

Cuak gak nak telan2 ubat ni kan
Tapi so far google2 baca macam ok je
Lagi2 antibiotik tu kena abeskan laa

Semua ubat kena habuskan before next appointment jumaat depan
Aaa banyak ubat kali ni
Lepas tu, aritu pun first time buat ctg for 20 minutes
Result ctg, heartbeat baby ok
Contraction takde lagi

Bil last week pun tinggi nye laaa huhu
Nasib baik nak amik GL last week
So takde la bayar sendiri kan wuwuwu
Kalau tak kopak la jugak
Dah la now dah start kena g tiap2 minggu kan isk2

Cuma last week rasa macam x best sgt time scan tu
Dokter tu macam rushing cket pulak
Sebab dokter sorang lagi half day kot
So tinggal sorang je dokter
Dokter tu x bagi pun gambar scan aritu
Last2 aku dtg balik mintak, tapi tu pun without baby pic
Just ada macam bacaan berat baby, fl, ac etc tu laa huhu

Pastu rasa macam bacaan dia macam pelik cket
Compare dengan mingu2 lepas
Patutnya berat bertambah kan
Tapi dia macam berkuran lak
Tapi yang before ni tu scan tempat lain
Dokter ni pun scan dia set baru
First time try cni
Kot2 la setting dia lain cket ke (think positive)
Aaa tahlaaaa..minggu depan jelaa cek balik tgk camne

Tapi dekat hosp ni ada 2 gynea
Kalau kita dtg sana dia akan selang seli kan dua2 dokter ni
Nak bagi kita biasa dengan dua2 dokter ni
Sebab tak sure dokter mana yang ada time kita bersalin nanti
Tapi yang penting dua2 pun dokter pompuan la
Nurse2 semua pun pompuan

Aaa doa2 next week cek
Semua pun oklaaaa
Kencing pun dah ok, pastu scan pn ok
Hopefully
Hanya mampu berdoa je..huhu
Aminnnn

Tengah berusaha nak minum banyak air kosong ni
Untuk hilangkan kencing kotor tu huhu

Aaaa cite pasal rumah pulak
Still tak dapat masuk lagi
Agreement ada problem pulak salah taip haishh
Ade2 je diorang ni mm
Sabar jap lagi laa
Tapi sedih gak laa sebab now bukan larat sgt dah pn
Biasa kalau masuk umah mesti la excited kan
Nak beli tu ini, nak decorate sana sini
Ni tah2 by the time boleh masuk
Dah nak bersalin sangat
Pastu balik berpantang kat kg je

(T____T)

Nak prepare pape untuk baby pun tak sempat kott wuwuwu
Sedeyy betol
Aaa tengok jelaa rezeki nye camne nanti

Oklaaaaa..jyaaaaa
Panasnyeee hari ni mm
Sakura oh sakura..rindu laa nihon wuwuwu

Byee!

Thursday, April 11, 2013

Sayonara my friend (T_T)

Salam

Hari ni macam2 pulak yang jadi huhu
Antaranya one of my best friend nak g jauh hari ni
Aaa jauh ke mana tuuu
Ke France..woo syoknyee kalau dengar kan
Dia kena g sana pasal kerja setahun
Tapi nanti bulan 7 kot time puasa ade boleh balik 3 minggu
Syok memang syok, tapi ada anak kecik setahun lebih plus suami yang tinggal kat mesia ni
Sedey gaklaa
Tapi xpe, nnt kang bulan bape tah, 6 kot husband dia folo g sana
Baby tatau lagi camne.huhu
Nasib ada makpak yang boleh jagakan baby :)


Semalam malam dapat jugak jumpa
Sebab my friend tu dengan husband n anak dia datang umah
Kitorang dinner sama (my mom pun ada sbb dtg dr kg)
Sambil sembang2
Lepas tu bagi pinjam apa yang boleh  (baju sejuk  etc)
Dengar2 sana sejuk gak lagi 8-10 degree.huhu

Me friend tu risau lak nak bwk byk2 takut beg berat
Ending tadi timbang2 masa cek in 20++kg je
Tak lebih mana pun, ngam2 je..tapi kalau lebih ok je kot kan heheh :P

Tak dapat nak anta g airport tadi
Gudlak my friendddd
Nanti ada peluang saya g lawat u dekat france.ekekeke :)

Jyaaaaa~

p/s: btw hari ni and esok dapat mc.huhu.

Wednesday, April 10, 2013

Packing oh packing


Salam

Hari ni dah masuk 36 minggu dah
Wooot woot..
Ikut bulan 9 bulan dah kan 
Alhamdulillah..tak sangka sampai 9 bulan dah my baby dalam perut ni
Ikutkan dah taklama dah ni
Dalam excited nak tunggu baby keluar tu
Risau jugak la kot2 apa2 jadi dah saat2 akhirnya
Mintakla dijauhkan..Amin

So, sebagai persediaan awal ni
Haruslah packing barang mommy dan baby kan
Dah buat2 list haritu
Pastu dah masukkan apa yang patut dalam list ke dalam beg
List tu google2 je, pastu tambah2 sendiri heee

Rasa macam beg kecik je pn ada
Rasa tak muat lak
Kalau boleh semua benda pun nak sumbat haha
Tak berapa reti gak nak bajet berapa banyak yang nak guna time dekat hospital nanti heee

Rasa ada cket2 lagi nak tambah
Bukan baju2 la, benda2 lain yang rasa perlu
Letak dalam extra bag or raga je kot heee

Ohoho cuaknyaaa huhu
Oklaaaa jyaaaaa~

Tuesday, April 9, 2013

Akhirnya dah beli.heheh (^_____^)

Salam

Oh ini bukan entri nak menunjuk2 okehh
Entri nak share betapa excitednya mommy-to-be ini hehee

Lepas berfikir dan berfikir hari tu kan
Last2 decide je la nak beli medela fs nih
Bukan beli sendiri pun
Member ofis yang tolong belikan
Sebabnya, dia selalu g satu kedai ni
Sekarang ni memang ada sale, so harga kurang cket
Pastu sebab diorang dah kenal dengan orang kedai tu
Dapat less lagi 5%
Kalau pegi sendiri tak dapat huhu

Tapi harga dia takla semurah medela dari uk or us tu
(-___-)
Tapi nak punya pasal, pejam mata jela baya kan huhu
Yang penting semangat tu kena kuat la nak bf baby nanti
Amin..doa2 kan saya okeyyy

Aaaa btw, amik jugak ni sebab ni boleh bayar installment 12x
So takla rasa sangat bila membayar tiap2 bulan tu
Sayang cash kot2 ada nak guna urgent nanti ke huhhu

Macam nasik bungkus je hehe

Dangg..nampak dahhh hihi :D

Haruslah warranty from lactaequip. Malas nak pening2 di masa depan nanti.huhu

Siap keluarkan barang2 dalam kotak dia tuh lagi heeee..aa comeyy pump diaa *gediksss*

Medela Freestyle idaman kalbu :)

Alhamdulillah~
Akhirnya berjaya membeli *walaupun hakikatnya tak abes bayar lagi* heheh :P
Punyala semangat tadi bawak balik rumah dari ofis kan
Btw, rumah kitorang ni bertingkat2 kena naik tangga haha
Patutla kaki bengkak kot kan wuwuwu
Hubby tadi mc x sehat, tido je memanjang, so hangkut ler naik atas umah sendiri
Nak cite punya semangat tu
Berat tak berat gak la kotak medela ni heheh

Tak habis godek lagi nih
Kena cari sifu dulu
Risau gak main2 godek sendiri kang jadi pape lak haha

Oklaaaa
Oyasumii~
Jyaaa (^____^)

Thursday, April 4, 2013

Beza beli medela freestyle breastpump dari Switzerland, UK dan US

Salam

Dari hari tu lagi dok dalam dilema kan
Hajat tu memang tetap dah nak beli medela freestyle tuh huhu
Cumanya bila survey2 harga dia
Kenapala harga dia lain2 sangat
Paling mahal RM2299..ni standard harga dekat kedai2 baby yang takde diskaun and promotion
Paling murah haritu tengok RM1200..haha ni seriyes sampai rasa takut nak beli sebab murah sangat harga dia compared dgn dekat pasaran
Penah baca gak yang RM1200 ni macam tipu tau
So jangan percaya ok. ni dekat mudah. beli online je, tak boleh COD. Base diorang dekat seremban and sabah kalau tak silap huhu



Ok berbalik dekat harga tadi kan..
Selain yang paling mahal RM2299 tu, kalau tengok dekat mudah or blog2
Boleh jugak dapat dalam RM1350 (ni warranty from US or UK). Biasa dealer2 ni beli direct dari sana. kalau tengok harga dekat ebay ke amazon ke, rasa harga sana boleh dapat dalam RM900++ camtu kot. Murah kan..Tapi harga RM1350 ni consider macam takde warranty la..Kalau nak warranty 1 tahun, boleh tambah dalam RM100, so boleh beli dalam RM1450. Ni warranty setahun provided by dealer yang jual kat kita. Kalau ada apa2 rosak dalam masa setahun boleh anta balik dekat diorang.

Bagi medela yang made from switzerland je dapat warranty 1 tahun dekat mesia ni under lactaequip.
Kira semua medela dealer warranty under lactaequip ni , breastpump dia dari switzerland la..So dalam masa setahun tu, kalau apa2 rosak, boleh je anta semula ke medela service center, lactaequip ni..Satu malaysia ni ada 3 je service center dia..dekat Bangsar, Ampang dengan Penang. Kalau dekat boleh la anta sendiri kan. Kalau jauh, maybe boleh anta melalui kedai yang kita beli tu..Tapi maybe ambik masa sikit laa..

Yang harga RM2299 tu biasanya memang dari switzerland, warranty under lactaequip tu. Tu paling mahal la..Tapi penah jugak jumpa dekat internet, yang jual online, paling murah pun RM1699. Ada jugak kedai2 yang buat diskaun harga dalam RM1899. Sebab harga dia mahal kan, ada setengah kedai ni kita boleh bayar ansuran jugak..3bulan, 6 bulan or 12 bulan.So ikut kemampuan la kan..

Yang membezakan breastpump dari Switzerland, UK or US ni..after 1 year warranty tu, kalau rosak, macam mana nak service pump kita tu. Sebabnya orang cakap, kita taktau bila benda nak rosak kan..kalau tak rosak takpe laa..tapi kalau rosak, macam manapun mesti nak kena repair kan. Sebab masa servey2 pasal medela fs ni, terbaca la macam2 info dekat blog2..sebab curious kan, so tadi aku call la medela service center, lactaeqiup dekat bangsar ni..

Aku tanya, yeke dengar2 service charge kalau medela UK or US ni double? Dia cakap memang double. Contoh macam medela FS, kalau kita anta service je, harga mula nak cek2 tu RM150. Tu kalau yang warranty malaysia.. Kalau yang dari US or UK, RM300..hoho mahalnya la kan..untuk charge lain2 tak tanya la pulak..Untuk harga sparepart sama je..Tapi sekarang ni untuk service, dia kata dah tak berapa ambik untuk medela UK or US sebab sparepart dah tak banyak. Biasa pun kalau pump yang beli dari US or UK ni, kalau rosak, kita hantar balik ke dealer kan dalam masa setahun tu, diorang service sendiri kot..bukan hantar dekat lactaequip..Kalau dapat dealer yang betul2 ok, even after one year pun still boleh anta dekat dia..kalau macam tu ok laaa..kalau dealer yang suruh sndiri hantar dekat lactaequip then lactaequip taknak terima payah la..takkan nak beli baru kan..

Tapi pernah la jugak baca komen2 blog pasal ada satu dealer ni, after sale service ( service after warranty 1 tahun tamat) dia memang tiptop..walaupun dah guna 4-5 tahun still boleh hantar dekat harga..tapi harga sparepart and service taktau la brape kan..service dekat mana pun tak pasti la.tapi memang okla dengar2nya..

So dalam dilema laa..nak beli yang mana satu.Ada beberapa pilihan la sebenarnya:

1) Harga RM1899, member boleh tolong belikan dapat 5% lagi less. Warranty malaysia (by lactaequip). Boleh bayar installment 12 bulan(charge 6%- kredit kad) - RM160/months

2) Harga RM1699, from UK. After sale service memang tiptop (cash)

3) Harga 1699, warranty malaysia (by lactaequip), kalau nak bayar installment up to 3x je. Tapi bukan guna kredit kad la..bayar cash kot..after dah 3x..dah setel bayar full baru bole ambik barang. (then kena tambah lagi RM50) - RM1749 total

4) Harga 1450, from US or UK, warranty 1 year by dealer . After sale service taktau prestasi macam mana.(cash)

Ahaaaa..aku sebenarnya macam prefer yang jenis bayar installment ni..kuang2x.tapi biasanya 0% interest kan..yang 1st tu ada 6% interest lak..tambah lagi dalam RM108. Tapi kalau dah bayar 12x..takla rasa banyak bulan2 tu. Malas nak guna cash bayar segedebuk sebenarnya..sebab cash macam nak save la untuk bersalin ke rumah ke mana tau ada nak guna nanti kan..huhu

Tapi tergoda jugak dengan harga macam RM1450 tu..sebab beza banyak dari yang 1st tu..tapi bayar cash la..tapi risau nanti after 1 year, kalau rosak nak anta mana service.charge mahal tak etc..Tapi kalau nak bayar cash rasa ambik je yang no 3 kot sebab tu paling murah la bagi yang warranty malaysia..haishh fenin2..Kalau korang nak pilih yang mana ehhh..haha

Btw, sori aaa kalau ada maklumat salah pasal info2 medela dekat atas ni..ni so far yang sy faham sejak survey mensurvey pasal medela fs ni laaa..heeee..kalau ada new info, boleh la sharing2 ye..

Oklaaaaa
Jyaaaaa....

UPDATE:

Salam

Nak update pasal harga medela fs ni..Dulu masa buat pos ni tahun lepas. Sekarang ni price memang dah beza dah..Medela fs yang warranty malaysia dah boleh dapat RM1699 camtu dah kalau tengah promotion tau. Macam beli dekat baby fair ke. Kalau kedai dalam RM1799(littlewhiz), still da kedai yang jual harga 2k camtu.So kena pandai2 pilih la..kalau tak rugi kan..Kalau yang warranty uk or us rm1350 camtu bolehdapat dah kot. Tapi beza warrantyla.Risau jugakkalau bukan warranty malaysiani. Incase jadi apa2 dekat pump ke kan.Pump bukan murah wuuuuu..Pilihan di tangan anda ;)

Jya!

Scan @ 35 Weeks

Salam

Pagi tadi kan ada appmnt untuk scan @ week 35 kan
Appmnt pukul 10am
Pukul 11am, nama aku tak di panggil lagi
11.15am aku tanya nurse, "nama saya belum ke"
"Appmnt sy pukul 10am td"
Pastu nurse cakap Appmnt pukul 10am ada org, kena tunggu turn
Ceh..lain kali bg la pukul 11am, xyah aku rushing nak gak sampai kol 10pg
Siap masuk 3 tol pagi tadi nak kejar sampai kol 10..isk2 sadis

Lepas tu, tak lama gak laa
Nama aku pun dipanggil..cehh dan2 je kan
Doktor ari ni dia bukan dekat klinik tu, dia gnti je
Pastu pelik2 kenapa ada scan masa week 35
Nurse cakap klinik cni mmg scan week 28 n 35
Doktor tu ckp, area dia scan skali je 
Kalau xde pape x scan dah
aaaa ape2 jela labuu..
Ni dtg pun sebab ikut je jadual buku merah tu
Diorg dh tetapkan appmnt so g je huhu

Dahla masa doktor tu scan, dia scan syok sendiri je
Tak tunjuk sgt pun kat aku
Sebok amik ukuran je
Pastu dia tanya last scan bila
Aku cakap aaa last week
Dia tanya kat mana, doktor sana ckp apa..pastu plan nak beranak sana ke
Aku gtau jela.dr aritu ckp ok je 
Lupa2 gak tapi mcm ok je sume pun
Pastu dia cakap aa ni uri ada la cket dkt bawah
Tapi tak tutup pintu rahim la
Biasa diorang akan refer dekat GH
Tapi sebab aku cakap la plan nak branak kat private kan
So takde la die suh refer GH
Cuma skang ni follow je 2-2 punya checkup 
gov n private
Igt nak stop checkup gov sbb byk sgt lak checkup
Tapi risau kot2 nnt time tu balik kg ke
Tak sempat ke kan
Xpe ke kalau x fullkan checkup kat kkia kalau nak masuk GH
Tapi hopenye taklaaa
Sebab cuak dengar macam2 cite kat GH
Lagi pun nak hubby ada sama teman nnt masa nak beranak huhuu

Risau pulak uri ada lagi kat bawah cket kan
Next checkup next week
Tunggu jela kot huhu
Btw ikut kiraan dan ukuran hari ni
Akachan dah 2.4kg dah wuwuwu
Cepatnye berat dia naik
Last thursday baru 2kg kott erkk
AFI pulak 5 je
Baca2 patutnya bukn kena antara 6-24 ke bacaan AFI tu huhu
Tu pun mintak dokter ukurkan
Dokter kata dah border dh tu
Aaa cuak pulak
Tu ukuran air ketuban..hope sume oklaaa
Aminnn

Korang pun doa2 kan mommy and baby selamat dua2nya k :)
Gambar takde lak arini
Diorang kasi scan hitam je just ada anggaran ukuran baby
Layankan jelaaa

Oklaaaa..oyasumiii
Jyaaaaa~

Wednesday, March 27, 2013

Checkup hari ni..

Salam
Hari ni ade checkup
Sekarang ni dah start checkup 2 minggu sekali kan

Hasil checkup hari ni :

Berat : Naik 1 kg dari 2 minggu lepas. erkk
Bp : 130/77 - ok
Heartbeat baby: 132 bpm ok
Air kencing : ok
Hb: 11.4 - ok. yeayy dah naik dari sebelum hari tu :)
Kaki : bengkak - tak ok
Tangan: Asyik kebas2- tak ok

Kesimpulannya overall nampak okla minggu ni huhu
Pasal kaki and tangan tu, nanti esok ade appointment dengan gynea tempat plan nak bersalin nnt
Esok jela tanye lagi..tapi hari tu dah tanya dah
Dr tu kata normal je time pregnant ni huhu
Tadi tu cek dekat kkia je
Tah laa saja follow je appoinmnt die
Ptg2 bukan ramai mana orang pun
Cumanya kkia ni bukan ada dokter pun
Nurse2 je yang handle huhu
Dokter ade seminggu sehari je hari rabu

Aaaa aku kira2 hari ni patutnya dah 34 minggu
Ikut kalkulator bersalin dekat website pun sama
Tapi diorang kira baru 33+2
Erk tahleee tak paham haha
Ape2 jela.ikut ticker pun 34w.huhu

Oh ye, skang dah sampai umah dah
Amik time slip je tadi
Malas lak nak masuk ofis balik lepas checkup heee

Oklaaaaa
Jyaaaaa~

Wednesday, March 13, 2013

8 months @ 32 weeks =)


Salam
Sedar tak sedar dah 8 bulan usia kandungan saya..

Tengok ticker bawah ni..heeee
Lilypie Pregnancy tickers

Yeayy baby saya dah semakin membesar heeee
Semakin kuat menendang2..

Baby dalam kandungan @ 32 minggu

Hari ni ade check up dekat klinik kesihatan
Check up sekarang 2 minggu sekali
Rasa macam malas nak follow up dah dekat kkia pun ada
Macam nak check up dekat hospital yang dah plan nak bersalin nanti je rasanya
Tapi hospital tu jauh gak dari rumah haha
Dibuatnya nak beranak time jem camno tuu huhu
Kompius denn
So tadi g je la klinik tu buat check up apa yang patut

Ujian2 yang sama seperti selalu
Amik air kencing= ok
tekanan darah=ok
bacaan hb= rendah cket (wuwuwwu)
timbang berat= sama dengan 2 minggu lepas
Check perut= ok (kepala baby dekat bawah)
degupan jantung baby= ok

Pastu tadi ada extra pulak, kena cucuk kancing gigi untuk 2nd time
Sakit okehh..adesss
Rasa sengal2 kebas lagi sampai sekarang

Oh yee..aku kena bebel dengan nurse tu
Sebabnya aku tak tick hari2 pergerakan baby tu
Kena tick kan patutnya 10 kali pergerakan tu
Tulaaa kadang2 bila kat ofis tu..sebok
Asek lupa nak kira and nak tick huhuu
Tapi memang rasa banyak je baby gerak
Ok baby, nanti lepas ni mummy tick hari2 yee..heeeee

Aaa nurse cakap kaki aku memang bengkak laa
Keja tak banyak jalan banyak duduk je
So nak kena banyak jalan ke huhu
Tapi kadang2 jalan dekat mall ke, terlebih jalan pulak kan
Ke kena kurangkan jalan2 dekat mall? erkk
Tido dah try letak satu bantal bawah kaki
Nak tinggikan kaki
Kalau duduk , lunjurkan kaki
tapi hasilnya sama je..bengkak je kaki
Takde gaya nak surut pun bengkaknya huhu
Jari2 tangan lak asek kebas je..
Banyak dugaan orang pregnant ni kan

Aaaa tu tak campor lagi dekat sakit dekat area V tuhh
Lagi2 kalau time baring nak mengiring ke,nak bangun ke
kalau duduk bawah lama pastu nak bangun ke
Waaa sakitnyeee huhuuu

Sekarang ni kalau kat rumah dah start2 semayang atas kerusi
rasa lagi selesa laa
Takla baby terpenyek time nak sujud tu hehe
tapi kat ofis semayang macam biasa lagi huhu
Takde kusi dalam surau tu
Macam segan pun ada
Yelaa kat ofis tu ada sorang akak ni lagi laa tunggu hari kot nak bersalin
rilek je semayang biasa sumee huhu
tapi anak yang ke tujuh okehh
Saye baru yang pertame
Mengade harus lebih cikit heheee

Oklaaaa
Doakan saya dan baby sihat2 sampai selamat bersalin nanti ye
Jyaaaaa..