Tuesday, December 10, 2013

Cara buat puri buah/sayur baby menggunakan Philips Avent Steam & Blend

Salam

Saja nak share cara buat puri buah untuk baby heee
Bila baby masuk je 6 bulan
Bermula la pengalaman baru untuk mommy baru
Nak kena sediakan makanan untuk baby pulak kan huhu

Untuk memudahkan kerja
Aritu last2 beli jugakkan philips avent steam & blend ni
Memang berbaloi la rasanya
So far dah pernah buat puri apple, carrot, broccoli, pear, labu guna blend ni
Masuk 7 bulan ni penah blend bubur nasik harriz jugak

So, cara nak buat puri ni
Mula2 buang kulit buah/sayur
Then basuh, potong kecik2
Lepas tu masukkan dalam blend avent ni ( bhgn steam hijau belah bawah)
Lepas tu, isikan air dalam tempatnya (seperti pic dibawah)

Untuk air, 50ml tu anggaran untuk 5 minit. Biasa epel/pear dalam 5minit je.
Carrot dalam 15 minit= 150ml

gk
Siap leak air, tutup rapat2 tempat air tu. Pusing ke kiri (untuk steam). 
Btw, dia akan berbunyi bila dah abes steam tu. So tak tengok jam pun takpe. 
Tengah untuk off. Kanan tu utk blend.

Ada buku panduan jugak. Boleh rujuk untuk buat resepi makanan baby

Ni contoh untuk buat puri epel

Lepas dah abes steam, pusingkan, blend pulak. 2 atau 3 kali dlm kiraan 10. Hasilnya mmg nyummeh.
Btw, kalau nak blend tu, tak boleh la sikit sgt takut tak hancur betul. Macam sebiji buah tu okla.

Lepas tu boleh la isi dalam bekas. Ni puri pear. sebiji dapat dalam 5 x 1oz bekas je. wuwuu

Sedap gak puri ni. Hehh mak die yang rasa sedap. Harriz tak berapa suka pun pear or epel.
Dia suka avocado n labu. heheh

Nak isi dalam bekas macam ni pun boleh jugak.

Selalunya mana yang nak anta ke pengasuh letak je belah bawah peti ais
Yang lebihnya letak bahagian beku
Esoknya bila nak guna, malam sebelum tu dalam pukul 11pm letak ke bahagian bawah pulak
Tak rendam dalam air pun takpe
Pagi esoknya dah tak beku dah
Masa nak bagi baby makan, keluarkan dari peti ais
rendam jap dalam air suam bagi tak sejuk sangat rasa dia

Selalunya buat sikit2 je
Untuk beberapa hari makan, lepas tu buat baru hee
Lepas ni nak kene gigih cari resepi bubur pulak

Oklaaaa
Jya!!

4 comments:

najihah sahami said...

waa...gigihnya mommy ni. harap2 lepas ni saya pun gigih macam ni la ye. haha. berapa harga avent steam and blend ni?

selain untuk buat puri dan bubur baby, nanti baby dah besar, boleh guna untuk buat jus ke..atau pape untuk kita jugak ke? hee. jakunnn.nak tau.

Nurulhuda Abdul Latip said...

Tulah macam menarik kan...Kita pun gigih jugak buat puree untuk baby Aisyah..

MamaHarriz said...

najihah: amin..nk buat cmne, dh jd mommy ni mmg kne gigih pun.huhu. mahal cket harga dia dalam rm430 cmtu. buat jus tu tak sure pulak. tp boleh je kot hehe.

huda: chaiyok2 mommy :)

najihah sahami said...

gulp..telan airliur dengar harga. haha. thanx sis.