Monday, December 16, 2013

Cara buat stok ikan bilis untuk masukkan dalam bubur baby

Salam

Lamanya rasa tak dapat tulis belog uwaa
Asyik tak sempat je
Ikutkan hati hari2 nak tulis something 
Kena cari masa la lepas ni wuwuuu

Kali ni saja nak share cara nak buat stok ikan bilis untuk baby
Yelaa baby dah 7 bulan kan
Dah boleh makan bubur nasi
Melalui pembacaan dekat internet 
Kalau nak bagi rasa sikit boleh la tambah homemde stok ikan bilis ni
NO garam and NO gula for baby okehh

Memula tatau nak buat ke tak
Tapi try je la kan
Dah dekat half way in preparation baru rasa nak ambik gambar
So awal2 tu pic takde la heheh

Step-step nya:

1. Ambil segenggam ikan bilis, buang taik dan tulang nya bersih2. Letak dalam bowl kecik. Kalau nak buat banyak lagi boleh tambah kuantiti.

2. Basuhkan ikan bilis tersebut. Kemudian, isikan air dalam bowl, rendam ikan bilis dan biarkan dalam 10 minit.

3. Buangkan air, toskan ikan bilis. 

4. Sangaikan ikan bilis

Btw, saya pun first time dengar word sangai ni.haha.Rupanya sangai ni gorengkan tanpa minyak.
Masukkan ikan bilis yang dah di toskan tadi dalam kuali, bukak api kecik, terbalik2 kan ikan bilis sampai separa garing. Then tutup api.

Rupa ikan bilis separa goreng 

5. Blendkan ikan bilis tadi. Gunakan blender kering.

Gunakan blender sedia ada je ni. Tapi rasanya macam first time guna je sejak beli dulu part kering ni. Heheh

Ni la hasilnya. Blend halus2. Sehalus yang mungkin. Bau dia kan lepas dah blend ni sedap betul hehee

6. Isikan dalam tapue

Boleh la pindahkan ke dalam tapue. Tutup elok2. Member cakap boleh je nak simpan dalam peti ais ke. Saya letak kat luar je. 

Yeayy siap stok ikan bilis :)
Bila buat bubur baby tu, tabur la sikit stok ikan bilis ni nak bagi ada rasa sikit
Buat banyak ni pun taktau bila nak abesnya haha

Oklaa
Jya!

11 comments:

msredcheesecake said...

Kalau pakai yg ready made mesti byk garam kan.... Bagus cara ni...

Etika Maria said...

salam silaturahmi, di Indonesia ikan bilis itu namanya ikan teri ;)

Noe said...

wah...rajin...bagus kalau buat sendiri...senang je pun kan...janji kena rajin..

Cik Puan Rara said...

hmmm mst lg sedap bubur dia nanti! yeay!

mas saari said...

akak pun buat macam ni..

cuba pelbagaikan masak bubur dia, pasti dia suka makan nanti.. hehehee

Bitt (double IS) said...

sometimes mereka boleh tersedak jugak...so hati2...yang lebih elok masa dah rendam ikan bilis tu, buang semua tulang dalam ikan bilis...kalau awak nak senang cari ikan bilis yang halus2 warna putih yang tu lagi sedap..ehhehe masa doubleIS umur 2 tahun lebih, ikan bilis yg kecik2 color putih tu di sangkai je...tak yah blender...ranggup jadinya..sedap..kita nak makan dengan bubuh sekali pon ok :)

- said...

nak buat jugak laa..tp utk diri sendiri..hehe...

moon suka sgt makan bubur...

asyifa mustaffa said...

Rajin mak hariz ni...:-)
Makin smngt nnti le bodynya dah mkn nasi ni....hehe

Noe said...

Kunjungan di hari Khamis :)

nabila azmi said...

untung harriz ade ibu yg rajin...

Syazwani Mohd Noh said...

tq sharing