Saturday, December 21, 2013

Cara membuat puree dan bubur carrot + ayam dan untuk baby

Salam

Start 7 bulan baru perkenalkan ayam dekat baby
Takla bagi makan gitu je kan
Boleh bagi baby makan dalam bentuk puree (carrot + ayam puree)
Or boleh jugak masukkan bersama dengan bubur nasi

So cara-caranya:

Sediakan carrot. Buang kulitnya. Sediakan jugak ayam bahagian isi ye.

My fav ni. Wajib ada kat rumah untuk buang segala jenis kulit. Buah & sayur. Senang, mudah dan menjimatkan masa. Boleh beli dekat daiso.

Potong carrot kecik2 dan basuh

Potong ayam kecik2 dan basuh bersih2

Steamkan ayam dan carrot 20 minit 

Blendkan halus2

1. Carrot + Ayam puree
Dah siap dah carrot + ayam puree
Boleh bagi makan cam ni je. Boleh masukkan dalam bekas macam ni untuk simpan di tempat beku
Bila nak guna, boleh turunkan ke bhgn peti ais belah bawah malam sebelumnya

2. Bubur Carrot + Ayam
Ni bubur nasi yang dah siap masak (berasingan)
- bubur better masak hari2. Then tambahkan puree yang dah dibekukan (defrost dulu before masukkan dalam bubur)

Ambil puree carrot + ayam yang dah diblend, campurkan dalam bubur.
So siapla bubur carrot + ayam. Boleh tambah stok ikan bilis jugak.
Tak tambah pun ok je rasa dia sebenarnye heee

3. Stok carrot + ayam puree (cube)
Masukkan lebihan puree carrot + ayam yang dah diblend dalam bekas cube cam ni

Tutupkan dan letak dalam tempat beku

Bila dah beku, boleh keluarkan dalm simpan dalam bekas plastik ziplock
Tapi ni milk storage sebenarnye. Time ni tak beli lagi plastik ziplock sebenar

Haritu dah beli plastik ziplock tu dekat AeonBig
Time ni buat carrot + kentang puree

carrot + kentang puree lepas dah dibekukan

Dah siap simpan dalam plastik ziplock brand reynolds. Best plastik ziplock ni. heee
Kena labelkan dan tulis date buat dengan marker pen okehh. Pastu simpan dekat tempat beku.

Oklaaa
Jya!

8 comments:

Siti Hajar said...

Oh my. Ini pertama kali tengok buat macam ni. Menariknya Mama Harriz. Sebab takde pengalaman lagi dengan barang2 baby spt Avent semua. Tak tahu boleh steam semua macam tu. Thank u sharing ^^

asyifa mustaffa said...

Bsok Hariz da besar, baca blik apa yg mamanya buat utk dia masa ni...sure teharu ni...rajin sngt..!

Kak Mahh said...

Mudah..ringkas..jimat dan berkhasiat.

HasnulYakin Mohammed said...

Carrot memang baik untuk kanak kanak. Bagus menu ni :)

FnF Simple Life said...

oh...berkenan lak ngan steamer brand Avent tu... kena carik la gini..hihi

nabila azmi said...

bgusnyeeee

Amanina Mads said...

cool la buat mcm ni..nmpk senang.

noralyeizza said...

nk tny..bubur nasi tu kta masak smpai kembang dan tak perlu blend lg yr?