Thursday, July 17, 2014

Tempat menarik dan tips bercuti ke Langkawi bersama baby

Salam

Map


Map Langkawi (Klik gambar untuk besarkan)

- Better stadi sikit pasal map langkawi ni sebab walaupun kecik je tapi kadang2 masa kita terhad dan jarak dari hotel ke tempat yang nak dituju tu kadang2 main peranan jugak. Pilih tempat mana yang nak dilawati dahulu. Yang baki2 tu boleh la pergi bila ada lebihan masa.

Pengangkutan
Kapal Terbang
- Boleh survey tiket awal. Try tengok Mas, Air Asia & Malindo. Untung2 kalau bernasib baik harga mas pun boleh dapat murah.Kena book awal la.2minggu sebelum pergi dah boleh book.Dari feedback yang dapat, malindo air punya kapal terbang memang luas. Mas punya pun agak sempit la jugak sebenarnya.Lagi2 kalau bawa baby.

Kereta Sewa
- Boleh book awal or ambik je masa sampai airport sebab memang banyak. Cuma harga jela taktau murah ke mahal. Boleh ambil dengan 0125275079 En.Zaini. Harga okla jugak. Vios/honda city rm80 sehari. Boleh message je nanti dia reply tapi kena bank in dulu before sampai airport. Sampai airport diorang anta kereta. Masa nak balik tinggalkan je kereta dekat airport dengan kunci kereta. Boleh try google2 nak tengok choice lain.

Hotel
PANTAI CENANG
- Kalau nak jalan area pantai cenang better duduk area pantai cenang la. Dekat dengan pantai. Tapi kalau nak yang betul dekat dengan pantai, book la guesthouse yang memang belah pantai bukan seberang jalan. kena book awal sbb cepat penuh. Yang seberang jalan tu agak jauh la memang tak nampak pantai.Tempat menarik boleh bawak baby area Pantai Cenang dah pastinya UNDERWATERWORLD. Memang dekat je.

Map Pantai Cenang (klik gambar untuk besarkan)

Underwaterworld

Tempat menarik untuk dilawati
Selain tu kalau duduk area pantai cenang, boleh la nak terjah tempat2 di bawah ni:
1) Underwaterworld
2) Oriental Village  & Cable car - pergi sini dulu sebab agak jauh tempatnya
3) Pantai Kok & Harbour Park (tengok kapal2 layar)
4) Taman Buaya 
5) Beras Terbakar
6) Makam Mahsuri
7) Snake Sanctuary 

No 4 & 7 tu tak g pun takpe kalau rasa tak sesuai bawak baby. 

KUAH
Kalau nak shopping memang wajib la duduk dekat area kuah ni. dekat pun dekat. takla buang masa nak drive jauh2 kan. kalau duduk pantai cenang pastu nak shopping jauh lak. Pindah2 hotel pun takpe je. boleh duduk dekat Bayview Hotel ataupun Hotel Ismail Group (HIG) 

Map Kuah (Klik gambar untuk besarkan gambar)

Antara tempat menarik boleh dilawati bersama baby

Dataran Lang

Langkawi Wildlife Park

1) Dataran Lang (Eagle Square)
2) Wildlife Park - memang menarik. boleh tengok haiwan dari dekat (rabbit, bg burung makan etc)
3) Handicraft Cultural Complex
4) Galeria Perdana
5) Mardi Agro park

3,4,5 tu kalau sempat boleh la g. tapi no 5 tu panas kot kan hihi :D

Tempat Shopping
Rasanya harga dekat kedai mana pun lebih kurang je. Boleh shopping dekat Haji Ismail Group ataupun dekat Idaman Suri.

Tempat makan
Area pantai cenang - memang mahal. Lagi2 kalau ambik seaood. Makan berdua pun boleh cecah dekat RM100. Kalau nak budget kena survey harga betul2 sebelum order. Area Kuah - Tengahari dekat2 dengan bayview hotel ada je kedai nasik berlauk harga standard biasa la. 

Sebab bawak baby so tempat2 yang Island Hopping tu memang takdapat nak pergila. So tak highlight dekat sini.

Okla moga bermanfaat.
Jya!

5 comments:

Norliza Romizi said...

saya dah banyak kali pergi langkawi. tapi banyak tempat saya tak pergi. tak tahu kenapa. mcm telaga 7 tu x pergi. pertunjukkan2 air smua mmg tak pernah pegi. jarang orang update pasal langkawi. tq 4 ur info.

nanti senang follow blog saya :
www.lizaufa-pink.blogspot.com

Z@i Z@mR33 said...

nice info

mmg tgh plan nk p lps ry nti

asyifa mustaffa said...

Naik flight lgi srnang...penat pun x sngt sebenarnya...tp siapkan aje ler bajetnya kan...):

Siti Nor Hidayah Nor Mohamod said...

Assalamualaikum. Mintak maaf tuan blog. Nak tumpang iklan.
Bagi bakal - bakal pelancong Pulau Langkawi yang ingin menjalankan salah satu aktiviti wajib di Pulau Langkawi iaitu Mangrove Tour di Kilim Geoforest park. Saya ingin menjemput anda ke http://thelangkawians.blogspot.com/?m=1 untuk info lanjut mengenai pakej dan harga. Boleh jugak terus whatsapp 0134298299. Terima kasih :)

Learn English said...

Salam..Kepada sesiapa yang nak melancong ke langkawi tu meh dapatkan pakej mampu milik kat website ni tq.. http://cutimylangkawi.blogspot.com/