Tuesday, September 2, 2014

Panduan cara masuk ke Singapore menaiki kereta di hujung minggu (weekend)

Salam

Benda yang wajib ada dan dititikberatkan kalau nak masuk singapore naik kereta.

1. Passport (semua wajib ada termasuklah bayi) Check tarikh tamat tempoh.

2. Bawak insurans kereta.

3. Make sure road tax kereta hidup.

4. Kena isi white card masa di imegresen singapore. Boleh mintak masa di kaunter imegresen singapore.

contoh white card

5. Bawak la pen 2 3 batang kalau ramai. senang nak isi white card tu nanti.cepat isi cepat boleh gerak.

6. Kena beli autopass kalau takde lagi. Autopass ni macam kad touch n go la. Tapi register atas nama kereta. Jangan hilangkan pulak sebab bukan semudah mcm beli kad touch n go dekat mesia. Boleh beli dekat block B. Lepas dah melalui kaunter yang isi white card n tunjuk passport tu, rapat ke laluan RED. Ada tulis block B. Parking kereta dekat situ. Masuk dalam bwk la insurans kete sbb nanti kena isi form. Lepas tu nnt ada pegawai dia akan dtg cek tgk no plat kereta n road tax kereta.

autopass card

Harga kad autopass = $10. Baki $4 sebab harga kad $6

Kad ni memang penting sebab semua pun pakai autopass. untuk byr VEP, ERP dan bayar parking pun pakai kad ni. so kena topup kad ni dekat 7eleven ataupun kdg2 ada booth utk topup kad tepi jalan. kena tengok signboard.

7. Make sure bawak GPS. yang mcm garmin tu ke. sbb masuk je singapore takde line telefon dah. so tak boleh guna waze etc.mmg sesat larat kalau takde gps. sgt penting.
gps

8. Bayaran yang perlu tahu untuk masuk singapore:


  • VEP (vehicle entry permit) - sabtu ahad FREE. isnin-jumaat $35 sehari. tapi utk kad baru ada 10 hari percuma kalau masuk isnin-jumaat.lepas tu baru start cas $35 sehari klau masuk on weekdays.
  • ERP (electronic road pricing) - ni mcm bayar tol dlm singapore tu. Tapi sabtu ahad (weekend) FREE. Best kan. 
Setiap kereta dlm singapore dia ada alat mcm smart tag tu dipanggil IU. Bila lalu bwh erp ni dia akan detect kad autopass tu. kira auto tolak la kad tu punya baki. Tapi utk foreign car sbb takde IU tu kita byr fixed rate ERP. $5per day  utk mon-friday. weekend FREE 

  • Bayar Parking kereta. Rate tak sama setiap tempat. Contoh: Parking di USS sangat mahal ok. Sejam pertama je $8. Setiap setengah jam berikutnya $2 . Max $24 per day. contoh parking 5 jam di USS = 8 + (4x2) = $16 (RM40). Parking di esplanade $2 per hour.
  • Tol masa nak keluar dari imegresen kena bayar. Keluar dr woodland $1.80. Keluar dari tuas $3.2
9. Make sure ikut peraturan lalu lintas di sana. Jgn bawak laju. Jgn parking suka hati tepi jalan. Kalau kena saman siap la autopass reload byk2. VEP & Fixed ERP bayar masa keluar dari imegresen singapore nanti. time tu kena make sure baki cukup. Kena bajet2 la.kira siap2.

10. contoh kalau datang weekend. Baki mula2 ada $4 kan. kalau parking byk n lama contoh dekat uss je dah $16, nak g esplanade lagi. haa topup la $30 ke. kalau masuk Mon-Fri memang kena topup bykla. VEP je dah $35 kan. ERP lagi.Parking lagi.

11. Kalau masa keluar tu baki autopass tak cukup, kena denda dengarnya laa.So make sure la topup sebelum keluar tu dekat 7e. Area arab street ke byk je 7e tu.

TIPS:
  • kesimpulannya, kalau dtg sabtu ahad, kad autopass perlu bajet utk parking + tol masa nak keluar dr singapore nanti je.
  • masa nak parking, kad autopass tak perlu masukkan, just swipe je. kalau masukkan, dia tolak keluar balik
  • masuk singapore awal pagi untuk elak jem dan keluar sebelum 6 ptg utk ulak jem. ( kalau balik hari)
  • isi minyak kereta penuh2 sebelum masuk singapore sbb harga minyak sana lg mahal.
  • Tukar duit sebelum msuk singapore. Biar lebih jgn kurang kata orang.
  • harga souvenir magnet di uss bermula $3.90 dan ke atas untuk satu. yang cun sikit dlm $5.90 satu (RM15)
  • Murtabak singapore zam zam popular di arab street. Ada chicken, beef, lamb. Harga ikut size S ($6) M($8)
  • ERP tu memang byk dalam bandar singapore tu. Tak sure rate berapa tapi baca2 rate berbeza ikut peak hour. bukan dalam bandar je, tol highway pun guna ERP jugak.
  • sediakan touch n go or smart tag sebab nak keluar n masuk dari imegresen mesia kena bayar. bayaran tunai tak ada.kalau masuk/keluar dari woodland kena bayar rm6.80 kalau masuk/keluar dari tuas rm7.80. pergi dan balik kena bayar tau. maksudnya kalau masuk dan keluar dari woodland rm6.80x2= rm13.60.kalau dari tuas rm7.80x2=rm15.60. so make sure kad touch n go tu mencukupila.
Tu je kot.
Jya!

13 comments:

Yaya Azura said...

tak pernah sampai singapore
berbaloi pergi hujung minggu lah kan..

ajib 87 said...

Wah banyaknye pakai $$$$ haha baru nak masuk bawak kereta nampaknye tk jadi laa...nek mrt je senang
.. :)

fidza said...

Good info,memang detail cara nak masuk sana especially bab ERP tu..thanks yer

Asohan Embong said...

dah lama tak masuk singapore...goood info

Nasaruddin Masnan said...

thanks for sharing...1/2 ni nak masuk bawak kete

Tengku Puteri said...

Salam ,

Nak tanyalah , kalau kita pergi bawa kereta yang atas nama org lain tapi insurans and rdtax still hidip, is there any problem ?

frommetoyou said...

Tengku Puteri: Takde masalah rasanya

Shamsul Irwan said...

original geran kereta kene bawak?

Lin Chalo said...

Info yang sangat membantu.. terima kasih

frommetoyou said...

shamsul: kalau geran dkt bank yg photostat pn ok dah rasanya. kalau ada bawakla.

lin: :)

Aiman Faiz said...

Thanks...info yg bermanfaat

Shamsul Irwan said...

Camne nak tau kene saman ke x? Autopass tu yg lebih die refund x?

frommetoyou said...

shamsul izwan: masa nak keluar tu kalau kena byr byk tetiba tu kena saman la kot hehe..takde experience..yg lebih tak refund. tp kad tu boleh guna nnt bila next masuk singapore balik.takde expired pn rasanya.