Tuesday, April 28, 2015

Cuti-cuti ke Jepun Day 1 - 8 April 2015 (Odaiba)

Salam

Plan nak ke Jepun ni last minit punya plan sebenarnya. Beli tiket 9 Mac 2015. Pergi 7 April 2015. Kira tak sampai sebulan la kan. Hampir2 sebulan laa..Naik Air Asia je.. Mula2 nampak la murah kan.. Tapi dah tambah tu tambah ni..Banyak la jugak. Untuk 2 dewasa + 1 Infant lebih kurang RM2800 camtu la..Bag 20kg je sorang.Seat pun RM39/person untuk sehala. Tambah meal lagi..Asal memula tu lagi murah patutnya..Tu pun nasib laa my baby tu still kira infant tauu..just add RM250 jelaa..Bulan 5 ni dah 2 years so dah tak infant dah.hehee.Oh ye Bassinet memang tak ambik pun. Sebabnya kena tambah mahal kot seat. RM149/person sehala tauu..situ je dah kena add RM600 camtu huhu.

Dipendekkan ceritaa.(cerita sebenar lagi panjang sebenarnya hehe) Kitorang pergi tu turun dekat Narita Airport. Balik dari Haneda Airport.Flight malam dari KLIA2. Sampai Narita Airport pagi. Tapi lepas tu urusan kastam nak isi borang bagai lambat la pulak.Orang pun ramai gak. Oh ye kitorang siap beli JR Pass untuk 7 hari sebab plan nak jalan jauh2 kan. Senang kira JR Pass tu dalam RM1K/person la tapi berbaloi kalau nak naik shikansen banyak kali and jauh2. Sebabnya kalau beli single2 harga memang la sangat mahal.

JR pass ni kitorang beli dekat mesia. Sampai jepun kena G JR Kaunter then tunjuk dekat dia nanti dia akan bagi kita JR Pass. Macam dekat bawah ni.

Hari first tu sebab ramai sgt foreigner dekat JR counter pass dekat Narita Airport tu, so ktrg tak pakai la JR pass ni dulu. Beli tiket lain Narita Express kot nama dia. Direct g Tokyo. Sebenarnya adala tukar2 train/line few times tapi seriously aku tak ingat line apa.hahaha sebab busy jaga baby je. Bab nak naik line apa nombor brapa semua follow husband je la..dia lagi pakar hehe.Yang aku ingat ada la ktrg letak bag dekat coin locker. Lepas tu naik train lain camtu.Senang dekat jepun banyak coin locker so senang nak tinggal bag takyah nak angkut ke sana sini. 

Tempat first kitorang g Venus Fort, Area Odaiba. Kira 1st day tu memang jalan area Odaiba je. Tapi tak sempat nak cover semua pun. Husband dah janji dengan syaco dia baito dulu masa study sana nak jumpa dekat Toyota Mega Web tu. Jumpa2  syaco dia sembang2 lepas tu ktrg jalan jap dekat Venus Fort. Pastu g Divercity Tokyo Plaza.

Hujan la pulak mase sampai ni.sejuk betul.grrr

Gamba malam pulak

Kereteeee

Ferris Wheel.Tak naik pun sebab ramai orang n ujann.

Venus Fort.. Shoppping ckettt

Tulip belum kembanggg



Nak balik hotel..sejukkkk..angin kuatt lak tuu

byeeee Venus Fort!

Sakuraaaa. kirei desu nee!

Papa beli tiket tren. sebab 1st day tak guna jr pass lagi kann.

Yatta! sampai pun  hotel.Tsukaretaaaa.

Kitorang tido dekat Nikko Hotel Kawasaki. Best bilik dia.Selesa gila.suka! huhu
Sampai hotel terus pengsan hihi

Oklaaa setel day 1. Jya!
Oyasumi.




No comments: