Thursday, April 30, 2015

Jalan-jalan Jepun Day 3 - 10 April 15 (Mt Fuji, Hakata @ Fukuoka)

Salam

Dah day 3 dah..cepat je kan
Pagi tu konon nak check out hotel awal nak amik densha paling awal
Sebab nak kena g tokyo balik sebab nak tukar naik shikansen ke Hakata

Untuk yang taktau map jepun. Tengoklaa jauh tak jauhh dari Tokyo ke Hakata tu haha. Dah abis bawah dah tuu.Naik shikansen pun 6 jam la jugak.Kelajuan dalam 300km/hrs. Haaa kalau dah 6 jam mmg jauhh la kan.wuwuu.

Tapi untuk JR Pass Tak boleh naik Nozomi shikansen (non-stop shikansen) Hikari shikansen boleh. Kena norikae @ transfer dekat Shin-Osaka. Naik sakura shikansen direct g Hakata.

Plan kalau keluar awal sempatla nak singgah hiroshima dulu odw g hakata. Tapi memang tak sempat laa kan. Sampai hakata je dah pukul berapa dah huhu. Rezeki semalam tak dapat tengaok Fuji San cantik. Pagi tu dari dalam densha nampaklaa Fuji san cantikk sangat. Ureshikatta! SO turun la jap g amik gambar Fuji san :)

Dari dalam train







Densha comel




Hahaa banyak gilaa gambar Fuji San ..Cantikk sangat2. Macam lukisan. Alhamdulillah. Ada hikmah stay kawaguchiko semalam. So pagi ni dapat tengok view cantik. Walaupun bukan dekat tepi tasik dikelilingi pokok sakura kan. Ni pun dah cantik sangat. Ureshikatta!



Kalau area2 yang jauh sikit dari tasik pokok sakura memang cantik2 lagi. Ni masa decide nak tukar tren g tengok Mt Fuji dekat eki gambar atas tu hihi :D

Lepas dah amik2 gambar dah puas hati baru gerak g Tokyo (2 jam) Pastu ke shi osaka (3 jam) Pastu ke Hakata(3jam) Kira satu haritu buang masa atas shikansen jelaa. Total 8 jam kottt haha

Sampai je Hakata, check in hotel lepas tu kuar balik.Nak kuar jap g makan and hard rock fukuoka. dah malam pun semua kena cepat2 

Dalam bas odw g Hard Rock Fukuoka





Beli Tshirt Hard Rock je and magnet.Pastu balik cari tempat makan area eki.

Jumpe dah kedaii makan. Malam ni makan okonomiyaki & yaki soba jelaa..Dengar okonomiyaki glemer area sini tapi tak sdp mana muak sebab tepung banyak. yaki soba dia oklaa.

Habis makan terus balik hotel tidoo n rehat2
Jalan macam ni kena cukup rest kalau tak penat sebab nak jalan banyak kan
Hari2 aktiviti full sampai tak cukup2 masa
Kadang2 ada plan yang kena skip2 

Oklaaa..tu je kotttt
Yeayyy esok cuti sampai isnin..syok2
Happy holiday minna san.
Jya!


Wednesday, April 29, 2015

Jalan-jalan Japan day 2 - 9 April 2015 ( Kawaguchiko)

Salam

Sambungan Day 2 pulak
Entri laju2 je ni
Day 2 kitorang check out hotel dekat Kawasaki
Nak bergerak ke Kawaguchiko pulak
Area Mt Fuji :)

Perjalanan dalam 2 jam jugakla dari Tokyo ke Kawaguchiko
Shikansen sampai Otsuki je lepas tu kena naik densha lain
Comel tau densha dia heee

View dari train

Comel kan densha ni kawaii!

Ni tiket densha  sbb guna jr pass harini kena tambah 100yen je sorang huhu

Erk study kee hehe. odw ni dari dlm densha nampak baanyak sgt pokok sakura cantikk

syokk ada meja siap dlm ni heee

Yeay dah sampai kawaguchiko station. plan nak letak beg besa dekat coin locker tapi sebab full angkot skali

Kawaguchiko station

Tengok2 map

Rupanya nak naik shikansen balik kena patah balik tokyo.igtkan boleh direct dari otsuki. so plan berubah mlm tu. tido jela dekat kawaguchiko tu.sbb nx tempat nak g jauhh.tak sempat rasanya.

Beli tiket tour bus area kawaguchiko tu. valid for 2 days tp ktrg pakai sehari je.

Lapaa..nak makan tendon tapi udon je yang ada.so udon jelaa uwaaa.huhu

Tunggu bas

Fuji san tak nampak wehh sebab kabus ke ape ke tatau la..pokok sakura pun tinggal nyawa2 ikan..ade laa sikit2 je tinggal huhuu.

Sakura channnn

Kitorang jalan je pusing tasik tuu.tapi taklaa jalan jauh sangat.jalan menuju ke pokok sakura jela hehe

kirei desu neee

Antara pokok sakura cantik dekat situu.ramai laa nak singgah amik gambaa

Dalam bas dah balik ke eki balik. pusing kejap je naik bas.

Sampai kawaguchiko eki plan nak g fujikyuu jap..Ingatkan fujikyuu tutup lambat rupanyaa awal dah tutup. tak sempat masukk. so dekat entrance jela nampaknya.

Peminat thomas

Kalau masuk pun takdela nak naik pun ni..kowaii yo haha

Sakura luar fujikyuu

 Malam pun cepat  je..dah sejuk2 balik hotel je laa..dekat je dengan eki

Odw balik hotel.malam dekat situ boring je kot takde aktiviti.nak buat malam. rehat2 jela untuk perjalanan jauh esok.

Oklaaa
Jya!

Tuesday, April 28, 2015

Cuti-cuti ke Jepun Day 1 - 8 April 2015 (Odaiba)

Salam

Plan nak ke Jepun ni last minit punya plan sebenarnya. Beli tiket 9 Mac 2015. Pergi 7 April 2015. Kira tak sampai sebulan la kan. Hampir2 sebulan laa..Naik Air Asia je.. Mula2 nampak la murah kan.. Tapi dah tambah tu tambah ni..Banyak la jugak. Untuk 2 dewasa + 1 Infant lebih kurang RM2800 camtu la..Bag 20kg je sorang.Seat pun RM39/person untuk sehala. Tambah meal lagi..Asal memula tu lagi murah patutnya..Tu pun nasib laa my baby tu still kira infant tauu..just add RM250 jelaa..Bulan 5 ni dah 2 years so dah tak infant dah.hehee.Oh ye Bassinet memang tak ambik pun. Sebabnya kena tambah mahal kot seat. RM149/person sehala tauu..situ je dah kena add RM600 camtu huhu.

Dipendekkan ceritaa.(cerita sebenar lagi panjang sebenarnya hehe) Kitorang pergi tu turun dekat Narita Airport. Balik dari Haneda Airport.Flight malam dari KLIA2. Sampai Narita Airport pagi. Tapi lepas tu urusan kastam nak isi borang bagai lambat la pulak.Orang pun ramai gak. Oh ye kitorang siap beli JR Pass untuk 7 hari sebab plan nak jalan jauh2 kan. Senang kira JR Pass tu dalam RM1K/person la tapi berbaloi kalau nak naik shikansen banyak kali and jauh2. Sebabnya kalau beli single2 harga memang la sangat mahal.

JR pass ni kitorang beli dekat mesia. Sampai jepun kena G JR Kaunter then tunjuk dekat dia nanti dia akan bagi kita JR Pass. Macam dekat bawah ni.

Hari first tu sebab ramai sgt foreigner dekat JR counter pass dekat Narita Airport tu, so ktrg tak pakai la JR pass ni dulu. Beli tiket lain Narita Express kot nama dia. Direct g Tokyo. Sebenarnya adala tukar2 train/line few times tapi seriously aku tak ingat line apa.hahaha sebab busy jaga baby je. Bab nak naik line apa nombor brapa semua follow husband je la..dia lagi pakar hehe.Yang aku ingat ada la ktrg letak bag dekat coin locker. Lepas tu naik train lain camtu.Senang dekat jepun banyak coin locker so senang nak tinggal bag takyah nak angkut ke sana sini. 

Tempat first kitorang g Venus Fort, Area Odaiba. Kira 1st day tu memang jalan area Odaiba je. Tapi tak sempat nak cover semua pun. Husband dah janji dengan syaco dia baito dulu masa study sana nak jumpa dekat Toyota Mega Web tu. Jumpa2  syaco dia sembang2 lepas tu ktrg jalan jap dekat Venus Fort. Pastu g Divercity Tokyo Plaza.

Hujan la pulak mase sampai ni.sejuk betul.grrr

Gamba malam pulak

Kereteeee

Ferris Wheel.Tak naik pun sebab ramai orang n ujann.

Venus Fort.. Shoppping ckettt

Tulip belum kembanggg



Nak balik hotel..sejukkkk..angin kuatt lak tuu

byeeee Venus Fort!

Sakuraaaa. kirei desu nee!

Papa beli tiket tren. sebab 1st day tak guna jr pass lagi kann.

Yatta! sampai pun  hotel.Tsukaretaaaa.

Kitorang tido dekat Nikko Hotel Kawasaki. Best bilik dia.Selesa gila.suka! huhu
Sampai hotel terus pengsan hihi

Oklaaa setel day 1. Jya!
Oyasumi.