Friday, November 22, 2019

Jalan ke Japan (Winter 2019) - Karuizawa Outlet & Karuizawa Snow Prince Resort

Salam

Kalau dah ke Tokyo, kalau ada masa free boleh la ke Karuizawa Outlet ni kalau nak shopping2
Tapi actually kami ke sini nak ke snow park jugak
Tak pernah lagi ke snow park sini
Pernah dengar mmg ada snow park dekat je dengan outlet ni 
Rupanya mmg dekat
Boleh jalan kaki je tau ke snow park ni dari outlet tu

Perjalanan dari Tokyo ke Karuizawa ni dalam sejam lebih la kena naik shikansen
Kalau beli 3 day pass JR Tokyo Wide Pass tu mmg boleh ke Karuizawa dan juga ke Gala Yuzawa
So kena la pandai2 plan hari apa nak kemana dan ke mana
Kena gunakan tiket sebaiknya sebab harga tiket pun bukan murah ya
Rasa tak silap harga tiket 3 days Tokyo Wide Pass tu dalam 10,000yen jugak la lebih kurang RM400 ya kalau dalam duit malaysia
Tiket shikansen mmg mahal la dekat jepun
Jangan convert nnt tak jalan la jawabnya huhuuu

Ok, back to Karuizawa tu
Kitorang lak masa time ni asyik la kuar rumah tak berapa awal pagi tu haha
So gerak ke Karuizawa dah lambat la sikit patut korang kuar la seawal mungkin dari rumah
Sebab perjalanan train lagi kan
nak main snow lagi , nak shopping lagi
So sampai je terus ke snow park

Ni first snow park yang kami terjah masa datang time winter kali ni
semua sempat g 3 snow park. lagi 2 gala yuzawa & fuji ten snow park

So nak share sikit gambar dekat are Karuizawa Snow Prince Resort ni
Bawak budak, main sledge je la bukan snowboarding ke skii pun
Chairlift tu pun tak naik pun huhuuu
Tapi harriz seronok jela dapat main















Dah main2 kejap dalam sejam dua kot tak ingat 
Kitorang gerak ke outlet lak
Outlet pun bukan bukak smp 10mlm ke tau
Kul 7pm dah nak tutup dah depa cepat betul
Laju2 jela masuk kedai tu ini
Tu pun banyak kedai tak sempat nak masuk wuwuuu
Sadiss
Camtula kan perancangan selalu nasib laa
So mana sempat beli mana x sempat tu redha jelah haha

Share sikit gamba dekat outlet lak











Sampai malam la dekat sini
Tapi winter kan cepat malam
Nampak camni tapi baru kul 8 ke cmtu kot huhu
Kitorang pun lps tu outlet dh tutup terus jela balik Tokyo
huhu

So end untuk satu hari ke Karuizawa :)
Till next entry ya
Jya!

No comments: